132) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Mengapakah MPSJ masih belum membina kompleks tempat letak kereta bertingkat di kawasan komersil SS15 Subang Jaya memandangkan kertas kerja cadangan pembinaan telah pun disediakan?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mensyaratkan tender terbuka bagi perlaksanaan projek ini untuk memastikan kos efektif dan harga terendah bagi MPSJ?
132) BANJIR KILAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di Selangor?
132) RAKAN DIGITAL SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bagaimana peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program ini pada tahun 2021 telah digunakan oleh PNSB.
-
Siapakah senarai orang muda di Kuala Langat yang telah dilantik sebagai Rakan Digital Selangor untuk menggerakan program ini?
132) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri turut membantu Tabung Amanah Orang Asli? Jika ya, nyatakan jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan serta butir-butirnya.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk hal ehwal Orang Asli mengikut daerah sejak tahun 2017.
132) MEMANTAPKAN UNISEL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul juara kategori Open Class CanSat Team dalam Pertandingan CanSat Antara Varsiti Dunia (CanSat) di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. Keupayaan Unisel bersaing di peringkat dunia dalam bidang pendidikan pastinya memberi kebanggaan kepada negeri dan negara. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu memastikan setiap produk kajian dan penyelidikan yang sudah terbukti berjaya dihasilkan oleh Unisel dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dengan sebaiknya?
-
Berapakah jumlah pelajar dalam dan luar negara yang sedang menuntut di Universiti tersebut dan apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menarik pelajar dalam dan luar negara menyertainya
-
Dimaklumkan baru-baru ini, kerajaan negeri akan mengadakan program bersama khususnya dalam bidang kedoktoran dengan universiti lain. Nyatakan cadangan institusi pengajian berkenaan dan manfaat yang Unisel akan perolehi
132) PEMBASMIAN TIKUS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan.
132) APAKAH LANGKAH DAN PERANCANGAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMINIMAKAN KEJADIAN YANG MUNGKIN BERLAKUNYA KEBAKARAN SEPERTINYA KEJADIAN SEKOLAH TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DI DATUK KERAMAT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Sekolah Tahfiz tanpa kebenaran PBT di bawah Negeri Selangor?
132) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Memandangkan pelancongan perindustrian merupakan sejenis pelancongan yang baru, adakah kerajaan berniat untuk menggalakkan pemilik-pemilik kilang untuk menyertai cara pelancongan ini?
-
Kalau ada, apakah rancangan atau insentif yang akan atau boleh diperolehi oleh kerajaan?
132) PELAKSANAAN BANTUAN PENDIDIKAN PEDULI SISWA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan Bantuan Peduli Siswa yang sekarang ini dikhususkan kepada beberapa universiti sahaja?
132) PROJEK MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja yang dilaksanakan adalah menurut aspek teknikal?
-
Jalan kini menjadi semakin tebal hingga menutup paip longkang kerana penurapan dilaksanakan tanpa mengorek jalan dahulu. Apakah cara untuk mengatasi masalah tersebut?