132) RUMAH PRIHATIN RAKYAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukkan bagi program Rumah Prihatin Rakyat khusus utk rakyat yang mempunyai tanah tapi tidak mampu membina rumah?
132) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya tersebut ?
-
Sila perjelaskan sudahkah jajaran WCE yang melintasi Negeri Selangor khususnya di Daerah Sabak Bernam dimuktamadkan ?
-
Sila nyatakan apakah kaerah yang digunapakai untuk meminimakan kesan kacau ganggu terhadap rutin harian penduduk?
132) PENYENGGARAAN LAMPU-LAMPU JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan agensi yang menyenggara lampu-lampu jalan sepanjang 6 kilometer di Jalan Kapar-Kuala Selangor (FT05) dari perkampungan Tambak Jawa ke Batu 18 Jeram beserta pembahagian kawasan jagaan masing-masing.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyeragamkan pemasangan dan penyenggaraan terutama di selekoh gelap/berbahaya?
132) KAWASAN BEKAS LOMBONG SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Kawasan bekas lombong di Taman Widuri Bukit Beruntung dan juga di Desa Kiambang, Serendah berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan daerah khususnya kepada aktitviti sukan air kerana ianya dapat menarik pengunjung tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk melihat ini sebagai suatu bentuk usaha ke arah merakyatkan ekonomi rakyat selangor? Mohon diambil pandangan ini sebagai rujukan
132) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Nyatakan langkah kerajaan negeri bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan?
132) PENAGIHAN DADAH BELIA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan penagih dadah di kalangan anak muda Selangor mengikut daerah?
-
Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam program anti-dadah?
-
Adakah peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan kerjasama ini?
132) PEMIMPIN POLITIK MENJADI KHATIB
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri membenarkan atau memberi tauliah kepada pemimpin politik sama ada wakil rakyat atau pemegang jawatan dalam parti untuk membaca khutbah atau memberi ceramah dalam masjid?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil kepada nazir masjid dan ahi jawatankuasanya yang membenarkan pemimpin politik atau wakil rakyat membaca khutbah atau berceramah tanpa tauliah?
132) KEBANJIRAN WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai runcit dan kedai gunting rambut?
132) MASJID KG MELAYU BATU 16 RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan permohonan pihak masjid Kg. Melayu Bt 16 Rawang untuk mendapatkan kelulusan tanah kubur Baharu milik PDRM?
132) TOL HARAM BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini mengenai isu ÒTol HaramÓ yang dikenal pasti di kawasan Bukit Beruntung?
-
Apakah tindakan yang akan diambil untuk menunaikan janji YAB DATO' untuk mengambil balik tanah tersebut supaya digunakan oleh penduduk tempatan?