132) PEMERKASAAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan kecil dan sederhana untuk meluaskan pasaran produk di peringkat nasional dan antarabangsa?
-
Bagaimanakah usahawan boleh dibantu dalam bentuk penambahan pengetahuan dan kemahiran?
-
Apa langkah kerajaan bagi merapatkan jurang pencapaian antara setiap usahawan?
132) PENGISIAN GERAN -GERAN DUPLICATE
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan supaya tiada pengisuan geran -geran "duplicate" oleh Pejabat Tanah? ( ia menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menangung jutaan ringgit akibat kecuaian tersebut)
-
Apakah tempoh masa ditetapkan oleh Pejabat Tanah dalam memproseskan sesuatu geran sementara kepada "final title"?
132) TAWARAN PEMBELIAN TANAH DENGAN HARGA RENDAH KEPADA ADUN/KAKITANGAN KERAJAAN KELAS A
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kaji selidik oleh rakyat mendapati ramai kakitangan kelas A dan ahli politik dapat memiliki rumah dan tanah apabila bersara.
Soalan : Adakah ganjaran seperti tanah ditawarkan dengan harga rendah dari harga pasaran kepada mereka sebagai mengenang jasa mereka dipraktikkan?
132) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan lembaga pengarah kumpulan serta anak syarikatnya di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang baharu?
-
Apakah hala tuju dan strategi KHSB untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
132) TAPAK PERKUBURAN (BERSEPADU)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan Tapak Perkuburan (BERSEPADU) di persimpangan Labu-Sendayan melibatkan seluas 400 ekar?
132) JAWATANKUASA KHAS COVID SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan-keputusan Jawatankuasa ini yang telah dijadikan dasar bertindak Kerajaan Negeri?
-
Adakah Jawatankuasa ini telah gagal di dalam memberikan cadangan-cadangan yang tuntas sehingga kes COVID-19 di Selangor sentiasa meningkat?
132) MASALAH PENGANGGURAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan dalam sektor industri di Selangor dan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pengangguran?
132) KELEMBAPAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan langsung kepada Selangor akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi negara yang mencatatkan penurunan 6 suku tahun berturut-turut?
-
Nyatakan pelan tindakan Kerajaan Negeri sebagai langkah kesediaan untuk menghadapi kemungkinan yang lebih buruk lagi?
132) GARIS PANDUAN TAPAK PERKHEMAHAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Aktiviti perkhemahan menjadi semakin popular dan isu keselamatan telah menjadi isu utama yang diprihatini oleh warga Selangor. Adakah Kerajaan Negeri ini telah melakukan penambahbaikan terhadap garis panduan tapak perkhemahan?
132) LARANGAN MINUMAN KERAS DI TAMAN PERMAINAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah penguatkuasaan larangan minuman keras di taman-taman permainan di Negeri Selangor?