132) PROJEK USAHASAMA BAWAH DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek usahasama (Joint Venture) bersama DEIG serta anak-anak syarikatnya.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan lokasi-lokasi serta nama pemaju yang terlibat bagi setiap projek usahasama yang telah dan akan dijalankan oleh DEIG serta anak-anak syarikatnya

  3. Nyatakan "Gross Development Value" bagi setiap projek usahasama bawah DEIG serta anak-anak syarikatnya dan jangkaan pulangan pelaburan (Return of Investment)

132) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah MPSJ masih belum membina kompleks tempat letak kereta bertingkat di kawasan komersil SS15 Subang Jaya memandangkan kertas kerja cadangan pembinaan telah pun disediakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mensyaratkan tender terbuka bagi perlaksanaan projek ini untuk memastikan kos efektif dan harga terendah bagi MPSJ?

    Klik jawapan »

132) PEMBASMIAN TIKUS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan.

    Klik jawapan »

132) RAKAN DIGITAL SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bagaimana peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program ini pada tahun 2021 telah digunakan oleh PNSB.

    Klik jawapan »

  2. Siapakah senarai orang muda di Kuala Langat yang telah dilantik sebagai Rakan Digital Selangor untuk menggerakan program ini?

    Klik jawapan »

132) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri turut membantu Tabung Amanah Orang Asli? Jika ya, nyatakan jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan serta butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk hal ehwal Orang Asli mengikut daerah sejak tahun 2017.

    Klik jawapan »

132) MEMANTAPKAN UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul juara kategori Open Class CanSat Team dalam Pertandingan CanSat Antara Varsiti Dunia (CanSat) di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. Keupayaan Unisel bersaing di peringkat dunia dalam bidang pendidikan pastinya memberi kebanggaan kepada negeri dan negara. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu memastikan setiap produk kajian dan penyelidikan yang sudah terbukti berjaya dihasilkan oleh Unisel dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dengan sebaiknya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pelajar dalam dan luar negara yang sedang menuntut di Universiti tersebut dan apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menarik pelajar dalam dan luar negara menyertainya

    Klik jawapan »

  3. Dimaklumkan baru-baru ini, kerajaan negeri akan mengadakan program bersama khususnya dalam bidang kedoktoran dengan universiti lain. Nyatakan cadangan institusi pengajian berkenaan dan manfaat yang Unisel akan perolehi

    Klik jawapan »

132) APAKAH LANGKAH DAN PERANCANGAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMINIMAKAN KEJADIAN YANG MUNGKIN BERLAKUNYA KEBAKARAN SEPERTINYA KEJADIAN SEKOLAH TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DI DATUK KERAMAT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Sekolah Tahfiz tanpa kebenaran PBT di bawah Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

132) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan pelancongan perindustrian merupakan sejenis pelancongan yang baru, adakah kerajaan berniat untuk menggalakkan pemilik-pemilik kilang untuk menyertai cara pelancongan ini?

    Klik jawapan »

  2. Kalau ada, apakah rancangan atau insentif yang akan atau boleh diperolehi oleh kerajaan?

    Klik jawapan »

132) PROGRAM HADIAH ANAK MASUK IPTA DAN IPTS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah orang pelajar telah diberikan hadiah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Jumlah kewangan yang telah dibelanjakan mengikut daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa permohonan telah ditolak dan kenapa ditolak ?

    Klik jawapan »

132) PELAKSANAAN BANTUAN PENDIDIKAN PEDULI SISWA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status pelaksanaan Bantuan Peduli Siswa yang sekarang ini dikhususkan kepada beberapa universiti sahaja?

    Klik jawapan »