131) ISU KERAPNYA PAIP PECAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani isu kekerapan paip pecah ini khususnya di DUN Taman Templer
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan meluluskan projek membaik pulih paip pecah tersebut?
131) NAIK TARAF BUKIT CHANGKAT ASA SEBAGAI KAWASAN REKREASI DAN PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan Bukit Changkat Asa sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang unggul di Hulu Bernam.
131) PROGRAM VAKSIN SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos untuk dua dos Vaksin Sinovac untuk program SELVAX?
-
Siapakah pembekal Vaksin Sinovac bagi program SELVAX?
131) SISTEM E-TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan dalam menambahbaik keberkesanan sistem e tanah?
-
Apakah langkah alternatif terhadap urusan tanah yang gagal dilaksanakan menerusi e tanah?
131) SUKARELAWAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu badan sukarelawan yang menjaga soal berkaitan alam sekitar hutan dan air.
131) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN WANITA MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik kes gejala sosial di kalangan wanita muda mengikut jenis?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengekang peningkatan gejala sosial di kalangan wanita muda?
131) MASALAH DENGGI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Apakah pecahan kes denggi setiap DUN dari tahun 2023 sehingga kini?
-
Berapakah kes kematian disebabkan oleh denggi dari tahun 2023 sehingga kini?
-
Langkah-langkah diambil untuk mengurangkan kes denggi di Selangor?
131) KEBAJIKAN DAN INFRASTRUKTUR KAWASAN ORANG ASLI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Kawasan kami mempunyai kampung Orang Asli di mana mereka sangat memerlukan kemudahan asas yang lebih baik serta naiktaraf perumahan mereka kepada yang lebih selesa. Jadi adakah Kerajaan dapat melihat dan memberi sedikit peruntukan melalui JAKOA atau DUN untuk menyelesaikan masalah tersebut?
131) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan polisi Kerajaan untuk pengasingan sisa pepejal?
-
Apakah sasaran pengurangan jumlah sisa pepejal yang ingin dicapai untuk setiap PBT dan Selangor secara keseluruhannya bagi tempoh 2016-2026?
-
Apakah cabaran yang dihadapi dalam Kempen Pengasingan Sisa Pepejal dan cara atasinya?
131) INDUSTRI AIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kenapakah kerajaan negeri dilihat tidak cekap untuk memuktamadkan penstrukturan industri air negeri ?
-
Adakah wujud tekanan politik untuk kerajaan negeri terus menangguhkan cadangan yang penstrukturan yang ada ?
-
Adakah kerajaan negeri sedar penangguhan ini telah meresahkan rakyat, menyusahkan pihak operator dan Kerajaan Persekutuan ?