131) TANAH RUNTUH ULU YAM BHARU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Mengapa Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil tindakan dengan Segera untuk memperbaiki jalan yang tersebut?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan akan menggunakan MARRIS sebanyak RM2 Juta pada tahun 2012 untuk memperbaiki jalan tersebut?
131) RUMAH PPR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kediaman PPR di Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan kepada permohonan baru yang masih menunggu?
-
Apakah tindakan kepada penghuni yang tinggal di rumah PPR bagi satu tempoh masa panjang dengan status bukan B40?
131) RIZAB MELAYU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keluasan dan lokasi rizab Melayu yang belum dibangunkan?
-
Adakah kerajaan negeri memberi jaminan untuk mengganti rizab Melayu yang telah dibangunkan?
131) Rumah Idaman Rakyat Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Skim Rumah Idaman?
-
Berapakah jumlah rumah yang telah siap tersedia untuk pelaksanaan skim ini?
131) PENCAPAIAN SUKAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah sudah terjadi dengan pencapaian pasukan bola sepak Liga Super (Selangor) dan pasukan sepak takraw (STL) menjadi ulam kepada pasukan-pasukan lain?
131) ASET MPS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aset MPS (dalam bentuk lot tanah komersial serta premis perniagaan dan bangunan) dalam tahun 2006-2010
-
Senaraikan projek usaha sama MPS bersama pemaju persendirian dengan menyatakan jenis projek, lokasi dan nama pemaju dalam tahun 2006-2010.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa tanah dan aset milik setiap PBT digunakan secara optimum bagi mendatangkan pulangan yang tinggi kepada PBT
131) MENAIKTARAF JALAN NEGERI (B131) DAN PERSIMPANGAN DENGAN JALAN PERSEKUTUAN (FT54)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaiktaraf jalan tersebut untuk mengatasi kesesakan?
-
Bilakah projek menaiktaraf jalan tersebut (B131) akan dijalankan?
131) ISU JALAN KM11 LALUAN FT31 DENGKIL-BANTING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah penyelesaian Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan penduduk di jalan tersebut sebelum projek flyover mula dibina sepertimana diluluskan di bawah RMK-12?
131) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pembangunan semula bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Nyatakan nilai projek, kontraktor bertanggungjawab dan kaedah pemberian tender projek tersebut.
131) PELANCONGAN KUALA KUBU BAHARU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Banyak kemudahan awam di tapak pelancongan Kerling, Kuala Kubu Baharu telah rosak, nyatakan senarai projek naiktaraf dan peruntukan untuk pelancongan Hulu Selangor.
-
Banyak komen di 'google review' nyatakan keperluan penaiktarafan dan pengindahan di kawasan Menara Jam KKB, apakah rancangan kerajaan?