130) PENUKARAN SYARAT GUNA TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan telah diterima dari pihak-pihak berkenaan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam dari 2008 sehingga 2013?
-
Berapakah jumlah permohonan telah diluluskan dalam tempoh yang sama dan adakah premium untuk penukaran syarat tanah dikecualikan?
-
Apakah sebab-sebab utama yang menyebabkan sesuatu permohonan itu tidak berjaya?
130) PEMBANGUNAN SUKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai salah satu hub sukan negara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai kilang atlet negara?
130) KOS PENYELENGGARAAN DAN PEMBINAAN JALAN DI BAWAH JPS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja serta kos (sama ada binaan baru atau kos penyelenggaraan) di bawah JPS kawasan DUN Taman Templer sejak 2013-2018.
130) PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan yang Pejabat Daerah Tanah telah terima bagi penduduk Paya Jaras?
-
Apakah status permohonan tersebut?
131) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar? Ini penting untuk memastikan agar kawasan luar bandar Negeri Selangor dapat dijaga dengan lebih berkesan.
131) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan statistik terkini para peserta Program Hijrah mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila nyatakan dengan detail berapakah peratus kutipan bayaran balik pinjaman Hijrah?
-
Sila huraikan keberkesanan Program Hijrah Membantu para peserta menyelesaikan masalah kewangan ?
131) MENAIK TARAF DAN MELEBARKAN JALAN UTAMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaiktaraf dan melebarkan jalan utama untuk ke Pantai Kelanang yang merupakan salah satu pusat rekreasi pelancongan utama di Kuala Langat pada belanjawan tahun ini?
-
Sub-soalan telah di tolak
131) PERKHIDMATAN BAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menambah bilangan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti sekitar Selangor?
-
Apakah mekanisme Kerajaan Negeri dalam memastikan pengusaha bas henti- henti memberikan khidmat yang baik kepada pengguna ?
131) CUKAI PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju pelaksanaan cukai pelancongan yang ingin dikuatkuasakan kerajaan pusat kini?
-
Apakah kesan cukai ini terhadap kemajuan pelancongan di Selangor?
131) PRESTASI PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan PIYS dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah strategi dan tindakan untuk memastikan keuntungan PIYS?
-
Apakah bidang aktiviti perniagaan, sumber kewangan dan projek PIYS?