130) PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan yang Pejabat Daerah Tanah telah terima bagi penduduk Paya Jaras?
-
Apakah status permohonan tersebut?
130) NURSERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?
-
Sebagai kerajaan yang prihatin, adakah kerajaan memberi apa-apa bentuk bantuan kepada nurseri-nurseri tersebut?
130) PENGURUSAN PERUMAHAN OLEH PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil untuk memastikan PKNS mengambil tahu tentang pengurusan perumahan yang telah dibangunkan?
-
Apakah jaminan keselesaan penghuni apartmen tersebut yang boleh dilakukan oleh PKNS?
-
Mengapakah PKNS lebih mengutamakan pendapatan komersial dan industri sehingga mengabaikan permintaan dan keperluan masyarakat setempat?
130) PROJEK PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pembinaan dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan oleh pihak JKR / JPS/ MBSA di Bukit Kemuning, Taman Sri Muda dan Kemuning Utama?
-
Berapakah kos pembinaan dan bilakah akan siap?
-
Apakah sebabnya projek ini masih belum siap sehingga kini?
130) ISU TANAH DAN TOL DI DUN TERATAI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan semua permohonan tanah dan TOL di bawah DUN Teratai sejak tahun 2009
-
Sila senaraikan semua tanah dan TOL yang telah diluluskan oleh Pejabat Tanah sejak tahun 2009 di DUN Teratai.
130) PEMBANGUNAN SUKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai salah satu hub sukan negara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai kilang atlet negara?
130) MEMBANGUN AHLI FIKIR SELANGOR BERFALSAFAH TINGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam melahirkan ahli fikir Selangor berfalsafah tinggi?
-
Apakah bidang dan jurusan falsafah yang akan dijadikan tumpuan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan setiap tahun bagi menjayakan program ini?
130) KECERIAAN KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengindahkan dan menceriakan suasana kampung termasuk mewujudkan kampung tercantik dan meningkatkan sosioekonomi warga kampung?
130) PROJEK SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah diluluskan di 12 PBT dalam Projek Selangorku Sejahtera?
-
Nyatakan nilai setiap projek.
130) CAJ PEMAJUAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah syarikat-syarikat konsesi lebuhraya perlu membayar caj pemajuan kepada PBT dalam permohonan Kebenaran Merancang mereka untuk membina lebuhraya dan struktur-struktur bangunan yang lain bersebelahan lebuhraya?