130) MASALAH GANGGUAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kerap kali berlaku sejak 2018, ramai penduduk Negeri Selangor merungut kerana ia menjejaskan kehidupan harian mereka?
130) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya mendapati iklan yang menjualkan Rumah Selangorku sebelum 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya mendapati Rumah Selangorku disewa oleh pemilik kepada pihak lain?
130) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses pembatalan warta tanah lorong 6-12 Bagan Sekinchan ?
-
Sila nyatakan kenapa PDT terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut ?
-
Sila nyatakan bilakah para penduduk Bagan Sekinchan dapat mengemukakan permohonan hak milik tanah ?
130) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status pembangunan semula Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang.
-
Apakah punca utama pembangunan semula tidak mengikut jangka masa yang ditetapkan?
-
Berapakah pendapatan bulanan yang boleh dijanakan dengan keadaan semasa bangunan?
130) MEMERANGI GEJALA IKLAN HARAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang lebih tegas yang akan diambil oleh kerajaan bagi memerangi gejala iklan haram seperti iklan ÔAh LongÕ?
130) ENAKMEN MENGAWAL LEMBU KERBAU MENGGUGAT KESELAMATAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menambahbaik Undang-undang Negeri Enakmen No 3 Tahun 1971 iaitu Enakmen Mengawal Lembu Kerbau yang mana permasalahan ini semakin menggugat keselamatan diri harta benda.
-
Ramai penternak lembu dan kerbau tidak bertanggungjawab melepaskan ternakan mereka sesuka hati.
130) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek dan unit rumah terbengkalai di Selangor.
-
Nyatakan jumlah projek yang telah dipulihkan oleh Kerajaan Negeri dari 2015-2017.
130) PEMBANGUNAN SUKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai salah satu hub sukan negara?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai kilang atlet negara?
130) KOS PENYELENGGARAAN DAN PEMBINAAN JALAN DI BAWAH JPS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja serta kos (sama ada binaan baru atau kos penyelenggaraan) di bawah JPS kawasan DUN Taman Templer sejak 2013-2018.
130) PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan yang Pejabat Daerah Tanah telah terima bagi penduduk Paya Jaras?
-
Apakah status permohonan tersebut?