14) ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan nyatakan apakah kegiatan perniagaan utama masing-masing?
-
Senaraikan projek-projek baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dalam tempoh 2010 hingga 2014 dan status terkini?
14) PREMIUM TANAH RM1,000.00
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan mengamalkan konsep ini ke atas semua jenis kegunaan tanah?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang menjalankan program pemutihan ke atas tanahtanah simpanan kerajaan yang diterokai?
14) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program Iltizam Selangor penyayang bagi semua kawasan DUN di Negeri Selangor bermula 2018 sehingga kini?
14) KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lawatan Kerajaan Negeri berkaitan kaedah pelupusan sampah di negara lain sejak 2008
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan kaedah pelupusan sampah yang tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar selain daripada tapak pelupusan sanitari? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
14) Tasik Putrajaya Sebagai Sumber Air Kecemasan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci jadual untuk menghubungkan Tasik Putrajaya sebagai sumber air kecemasan apabila intake dari Sungai Semenyih perlu ditutup apabila berlakunya pencemaran?
14) TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP INVIDIDU ATAU ORGANISASI AKIBAT PENCEMARAN SUMBER AIR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan senaraikan syarikat-syarikat yang telah mencemarkan sumber air di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memindahkan semua kilang-kilang atau syarikat-syarikat yang berdekatan dengan sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sumber air berulang?
14) KELULUSAN PINDAH MILIK HARTA ORANG MELAYU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak yang telah diluluskan pindah milik harta orang Melayu kepada bukan Melayu di DUN Dengkil sepanjang 2 tahun terakhir?
14) PENGGUNAAN GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi perbelanjaan geran RM300 juta ini mengikut kawasan DUN dan daerah?
-
Apakah impak positif dari segi ekonomi dan sosial hasil perbelanjaan geran ini?
-
Apakah mekanisme bagi memastikan perbelanjaan geran mengikut tatacara kewangan yang betul dan sampai kepada kelompok sasaran tanpa mengira fahaman politik?
14) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan-bangunan yang telah digazetkan sebagai bangunan warisan di Selangor mengikut PBT daripada tahun 2008-2010
-
Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan penggazetan bangunan warisan dan syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan dikategorikan sebagai bangunan warisan?
-
Apakah insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara?
14) RUMAH KEBAJIKAN SEPERTI RUMAH ORANG TUA, ANAK YATIM, OKU DAN LAIN-LAIN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah orang-orang tua yang terdapat di dalam Negeri Selangor sama ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta? Sila pecahkan mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rumah orang-orang tua tersebut?