130) ENAKMEN MENGAWAL LEMBU KERBAU MENGGUGAT KESELAMATAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan menambahbaik Undang-undang Negeri Enakmen No 3 Tahun 1971 iaitu Enakmen Mengawal Lembu Kerbau yang mana permasalahan ini semakin menggugat keselamatan diri harta benda.

    Klik jawapan »

  2. Ramai penternak lembu dan kerbau tidak bertanggungjawab melepaskan ternakan mereka sesuka hati.

    Klik jawapan »

130) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan menambah baik bantuan pendidikan di Selangor?

    Klik jawapan »

130) PERTANIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Perubahan cuaca yang tidak menentu telah mengurangkan hasil tanaman pertanian dan seterusnya menyebabkan harga hasil pertanian seperti sayur-sayuran meningkat. Senaraikan jenis dan jumlah hasil pertanian yang diimport dan dieksportkan oleh Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Selangor dan seterusnya harga hasil pertanian asas tidak meningkat dengan mendadak?

    Klik jawapan »

130) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini Maahad tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah pelajar, jumlah guru dan jumlah kakitangan di maahad tersebut?

    Klik jawapan »

130) SKIM PEDULI JANTUNG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Untuk skim Peduli Jantung adakah masih diteruskan kerana ada rungutan berkenaan dengan isu kelewatan surat jaminan (GL) dan isu penangguhan surat jaminan (GL).

    Klik jawapan »

130) KEMUDAHAN SUKAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina satu lokasi kemudahan sukan yang lengkap di DUN Taman Templer?

    Klik jawapan »

130) PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN KOTA RAJA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Cadangan untuk persempadanan semula Parlimen Kota Raja yang meliputi 3 PBT, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana kesukaran berurusan. Adakah kerajaan negeri akan memberi pertimbangan kepada sebarang cadangan penubuhan baru Majlis Perbandaran Kota Raja bagi melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan memudahkan orang ramai berurusan?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya diberi pertimbangan bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan dan adakah ia memerlukan pindaan berkaitan undang-undang dan sekiranya ada undang-undang apakah yang perlu dipinda?

    Klik jawapan »

  3. Kota Raja adalah satu kawasan Parlimen yang tidak mempunyai bandar dan justeru itu satu kawasan bandar baru perlu diadakan segera. Apakah keperluan bagi mewujudkan satu bandar baru dengan struktur majlis sendiri?

    Klik jawapan »

130) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses pembatalan warta tanah lorong 6-12 Bagan Sekinchan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kenapa PDT terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bilakah para penduduk Bagan Sekinchan dapat mengemukakan permohonan hak milik tanah ?

    Klik jawapan »

130) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status pembangunan semula Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca utama pembangunan semula tidak mengikut jangka masa yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah pendapatan bulanan yang boleh dijanakan dengan keadaan semasa bangunan?

    Klik jawapan »

130) MEMERANGI GEJALA IKLAN HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan yang lebih tegas yang akan diambil oleh kerajaan bagi memerangi gejala iklan haram seperti iklan ÔAh LongÕ?

    Klik jawapan »