129) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Jawatankuasa Belia dan Sukan dalam menggerakkan golongan belia melalui Penggerak Belia Tempatan?
-
Apakah usaha terancang Kerajaan Negeri terhadap golongan belia yang terlibat dengan dadah dan yang serupa dengannya?
129) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Sehingga Jun 2011 berapa keseluruhan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dikeluarkan untuk program-program merakyatkan ekonomi Selangor?
-
Apakah program yang menggunakan dana yang paling tinggi?
-
Apakah program yang menggunakan dana terendah?
-
Berapa anggaran rakyat negeri Selangor yang telah memperoleh nikmat program merakyatkan ekonomi Selangor?
-
Adakah program terbaru Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh terdekat?
129) LEBUHRAYA BERTOL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak kerajaan atau GLC negeri, mempunyai saham di dalam mana-mana syarikat konsesi tol?
-
Apakah nama syarikat konsesi tol yang mana kerajaan atau GLC nya yang æmempunyai saham yang terbesar?
129) STATUS PROJEK RMK 12
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan status perlaksanaan dan pembiayaan bagi setiap projek pembangunan Negeri Selangor bagi RMK 12.
-
Bagi setiap projek yang gagal dilaksanakan, apakah sebab?
129) LOJI RAWATAN AIR SUNGAI RASA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasa?
129) MAKLUMAT TAMAN REKREASI KAWASAN DAMANSARA UTAMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan lokasi semua taman rekreasi di Damansara Utama
-
Sila berikan inventori taman-taman tersebut dengan maklumat terperinci.
129) BANJIR DI KAWASAN TAMAN SAUJANA PERDANA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kawasan ini dilanda banjir?
-
Bagaimana kelulusan aras tapak rumah ini diluluskan di kawasan berisiko banjir?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi banjir yang kerap berlaku?
129) GERAN PINDAH MILIK DITANGGUH LAMA PEMOHON INTRADA COMPANY S/B
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah Tetuan Intrada Company Sdn Bhd yang memohon geran pindah milik ditangguh lama? Sila nyatakan sebab yang munasabab. (Pindah Milik Tapak Lot No.20, Jalan 4, Kawasan Perindustrian Pekan Banting,Daerah Kuala Langat) No. Hakmilik PN54722 No. Lot PT: 963 (Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat: No. Fail PTK.LGT D5/253/AS/2011) ; No. Rujukan PKNS : (42)PKNS /BT/IND/2/89?
129) TINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Keadaan ekonomi Negara yang kian meruncing telah menjejaskan banyak keluarga dari segi pendapatan isi rumah berbanding tanggungan yang terpaksa dipikul. Harga barangan yang mencanak dan pendapatan yang terus statik telah membuatkan ramai yang tidak mampu melunaskan perbelanjaan harian. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat ini serta jangka masa panjang dalam menangani situasi ini?
130) LANTIKAN EJEN PENGURUSAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan setiap skim strata (kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana) yang tidak mempunyai MC atau JMB aktif dan masih belum dilantik ejen pengurusan mengikut PBT di Negeri Selangor.