129) PENGUSAHAAN PERKEMBANGAN SCIENCE PARK DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan kedudukan Science Park dengan memberi angka statistik dari tahun 2000 hingga 2007, berapa pengusaha dan pelabur yang melabur membeli tanah di situ. Jumlah luas tamah yang dibeli, dijual dan berapa harganya? Nyatakan ciri-ciri pelabur yang telah melabu iaitu pelabur tempatan atau asing, jenis perindustrian dan jumlah kapital yang dilaburkan
-
Biasanya tunggu berapa lama sebelum permohonan ditimbangkan
-
Apakah langkah-Iangkah dan insentif yang telah digunakan untuk menarik pengusaha?Kenapa?
129) KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bilangan pokok yang ditanam untuk menjaga kelestarian alam sekitar di Negeri Selangor?
129) PENCEMARAN BEKALAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan punca dan kawasan yang berlaku pencemaran air yang menjejaskan bekalan air sejak tahun 2008.
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah dapat dikurangkan?
129) DASAR KELUARGA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar keluarga Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah mekanisme yang dirancang bagi menjayakan dasar tersebut?
129) KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan dari 2014- 2016?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk program kesedaran sekiranya ada?
129) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah permohonan yang diterima sejak Tahun 2008 dalam Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, yang termasuk jumlah kelulusan, jumlah tolak, sebab tolak mengikut susunan Daerah.
129) PRESTASI KEWANGAN UNISEL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari 2015-2017.
-
Nyatakan anggaran pendapatan UNISEL pada 2018.
129) PERWAKILAN WANITA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan dan meningkatkan kepimpinan wanita untuk mencapai 30 peratus penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan?
-
Berapakah jumlah perwakilan wanita di peringkat pembuatan keputusan dalam kalangan penjawat awam, ahli majlis dan ketua kampung?
129) GELANGGANG SUKAN DAN REKREASI UNTUK OKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan gelanggang sukan dan kemudahan rekreasi khas untuk OKU di Selangor?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk menyediakan kemudahan kepada OKU pada tahun 2016.
129) KOS PENYELENGGARAAN DAN PEMBINAAN JALAN DI BAWAH JKR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jalan di bawah JKR dan kerja beserta kos penyelenggaraan atau binaan baru di kawasan DUN Taman Templer sejak 2013 - 2018.