129) TANAH RUNTUH DI TEBING PARIT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Tebing parit di Jalan Merbau (Kampung Bukit Cerakah) dan tebing sungai (Kampung Rantau Panjang) sudah lama runtuh. Apakah tindakan pihak JPS dan JKR untuk mengatasi masalah ini yang membahayakan penduduk setempat?
129) RETAKAN DAN MENDAPAN JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan terhadap insiden retakan dan mendapan jalan luar jangkaan yang sering berlaku di Selangor?
129) PENJAJA TANPA LESEN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah perangkaan para penjaja yang berniaga tanpa lesen di seluruh kawasan PBT sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani dan menguruskan para peniaga ini sekiranya mereka ingin meneruskan perniagaan mereka kerana gagal mendapatkan peluang pekerjaan lain?
129) PROJEK PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF PERPARITAN KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek tersebut seperti yang dijanjikan oleh Y.B Exco yang turun padang pada tahun 2013?
-
Bilakah projek ini akan siap sepenuhnya?
129) PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Pusat Pemerhati Kelip-kelip setelah diswastakan dari segi pengurusan, penyelenggaraan dan promosi sebagai tempat pelancongan di DUN Sungai Panjang?
-
Apakah telah selesai tindakan penyediaan kerangka kerja bersama agensi-agensi bagi memajukan Pusat Konservasi Burung Enggang sebagai tempat pelancongan?
129) MENGAWAL TANAH REZAB MELAYU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal 'tanah rezab melayu' supaya tidak dimanipulasikan oleh pihak luar untuk mengejar keuntungan hasil penjualan tanah?
129) KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status kajian terperinci berkenaan dengan pembinaan kompleks sukan di kawasan Sungai Pelek yang telah dipersetujui pada sidang mesyuarat yang lalu?
129) BEKALAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan untuk memastikan kualiti bekalan air sentiasa dikekalkan dalam tahap kebersihan dan keselamatan untuk digunakan oleh pengguna sementara tarif air tidak naik ?
-
Bilakah Pengurusan Air Selangor S/B akan menjalankan kerja tukar paip usang di Kuala Langat?
129) KELULUSAN TOL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang meluluskan TOL dan sila jelaskan kenapa ADN-ADN tidak terlibat dalam kelulusan ini.
-
Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan mekanisme ini tidak akan disalahgunakan?
129) PELUANG PEKERJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang memberikan peluang perniagaan kepada para belia dan beliawanis untuk memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan, pertanian, perladangan, perindustrian dan pelancongan?
-
Apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bakal lakukan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan yang berlaku di Negeri Selangor?