129) MASALAH KEROSAKAN JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan segmen-segmen jalan Persekutuan 5 yang dikategori sebagai kritikal.

  2. Apakah punca utama yang menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan gagal dilaksanakan walaupun permukaan jalan begitu kritikal?

  3. Sila perjelaskan apakah wujud unsur-unsur sabotaj dari JKR Persekutuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap KNS.

129) PERANCANGAN INFRASTRUKTUR DAN KADAR LIPUTAN INTERNET

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah visi dan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur untuk capaian internet adalah memadai dalam merealisasikan Smart Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Agensi manakah yang bertanggungjawab dan apakah pelan tindakannya serta sasaran peratusan capaian internet yang hendak dicapai mengikut pecahan PBT?

    Klik jawapan »

129) PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh memastikan JMB mempunyai peruntukan yang cukup bagi kerja-kerja penyelenggaraan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah bantuan baikpulih jalan-jalan dalam kawasan pangsapuri kos rendah akan diluluskan?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana dapat disingkatkan tempoh menunggu bantuan CERIA bagi pangsapuri-pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

129) GAJI SERTA KEMUDAHAN KEPADA PENASIHAT EKONOMI DAN PENGARAH PENERANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berapakah gaji yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk kedua-dua jawatan tersebut? Selain daripada gaji apakan kemudahan serta keistimewaan yang kerajaan negeri berikan kepada mereka?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah sumbangan yang mereka berikan untuk manfaat rakyat di Selangor?

    Klik jawapan »

129) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2011 berapa keseluruhan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dikeluarkan untuk program-program merakyatkan ekonomi Selangor?

  2. Apakah program yang menggunakan dana yang paling tinggi?

  3. Apakah program yang menggunakan dana terendah?

  4. Berapa anggaran rakyat negeri Selangor yang telah memperoleh nikmat program merakyatkan ekonomi Selangor?

  5. Adakah program terbaru Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh terdekat?

129) PEMERKASAAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah Sekolah dan Pelajar Tahfiz yang berdaftar dan tidak didaftar di dalam Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat perancangan bagi pemerkasaan Sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

129) PENGURUSAN BANJIR & AKTIVITI MENDALAMKAN SUNGAI LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil sepanjang tempoh 2013 sehingga kini untuk meningkatkan kecekapan pengurusan banjir terutama di DUN Dusun Tua.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan di antara JPS dan Kumpulan Semesta pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mendalamkan sungai dan membaiki tebing-tebing sungai.

    Klik jawapan »

129) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Kerja penstabilan tanah di belakang 263, Persiaran Raja Muda Musa yang hakis masih belum dimulakan walaupun dinyatakan akan bermula pada Mei 2017 dan siap pada Julai 2017. Apakah sebab kelewatan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bila kerja akan dimulakan?

    Klik jawapan »

129) STATUS PROJEK RMK 12

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan status perlaksanaan dan pembiayaan bagi setiap projek pembangunan Negeri Selangor bagi RMK 12.

    Klik jawapan »

  2. Bagi setiap projek yang gagal dilaksanakan, apakah sebab?

    Klik jawapan »

129) LOJI RAWATAN AIR SUNGAI RASA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasa?

    Klik jawapan »