128) RANCANGAN ESPORTS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memposisikan Selangor sebagai hab e-sports bertaraf dunia memandangkan e-sports berkemungkinan besar diiktiraf sebagai sukan Olimpik?
128) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unit rumah mampu milik Rumah Selangorku yang telah berjaya dibina di dalam kawasan DUN Taman Templer dan berapa jumlah unit dalam perancangan yang akan dibina?
128) SKIM CERIA DAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perancangan agihan Skim Ceria setiap tahun mengikut DUN?
-
Berapa peratuskah Rumah Mampu Milik yang disediakan oleh kerajaan negeri di kawasan pinggir bandar? Terutamanya di kawasan DUN Seri Serdang.
128) SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan SAR atau Sekolah-sekolah Swasta yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri Selangor
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sekolah-sekolah tersebut.
128) ISU MURTAD
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah benar terdapat bilangan orang Islam yang telah Murtad semakin bertambah di negeri Selangor?
-
Jika benar berapakah bilangan mereka yang telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah murtad?
-
Apakah langkah dan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk menangani gejala Murtad yang berlaku di negeri Selangor?
128) ELAUN SARA HIDUP NELAYAN & PETANI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Adakah elaun ini diteruskan untuk tahun ini dan berapakah jumlah elaun tersebut.
-
Apakah sebab elaun ini diberhentikan sebelum ini dan mengapa tiada pemakluman kepada penerima?
-
Nyatakan bilangan penerima elaun tersebut mengikut DUN
128) STATUS PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penyelesaian kilang haram di setiap daerah?
128) MASALAH KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu Kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang menghadapi masalah kemudahan telekomunikasi setelah pihak Telekom Malaysia tidak berupaya menaik taraf kemudahan telekomunikasi di kawasan tersebut?
128) PROGRAM LATIHAN ANAK ISTIMEWA (TRAINING OF TRAINERS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan bakat yang terlahir melalui program "Training of Trainers"?
-
Adakah Kerajaan Negeri memperuntukan Pusat OKU khas yang mampu menyokong Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Selangor?
128) MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah di salurkan kepada JKR, Pejabat Tanah, PBT dan DUN bagi tahun 2014 dan 2015