14) I-SEED DAN BLUEPRINT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi dan kejayaan dalam Program Blueprint dan I-Seed.
-
Berapakah penerima masih menjalankan perniagaan selepas menerima bantuan?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan penerima dapat meneruskan perniagaan selepas mendapat bantuan Blueprint atau I-Seed?
14) PERTUMBUHAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah jangkaan Kerajaan Negeri terhadap pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dalam masa 5 tahun ke hadapan?
-
Sektor apakah yang menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan jangkaan tersebut?
14) AIR DAN SUMBER ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengurus sumber air dan memastikan bekalan air yang bersih dan berterusan kepada rakyat?
-
Apakah inisiatif untuk melindungi sumber air daripada pencemaran?
14) PERUMAHAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek-projek bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terperinci.
-
Terdapat perbezaan perkhidmatan antara flat kos rendah, sederhana rendah dan rendah oleh pihak PBT, apakah solusi yang boleh dilaksanakan?
14) PEMULIHAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah atau strategi untuk memulihkan ekonomi Selangor pada masa post COVID-19?
14) MYSEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
MySel ditubuhkan demi membantu dalam masalah kewarganegaraan. Namun begitu, tiada sebarang informasi atau butiran tentang unit khas ini selain daripada laman web Facebook YB Kota Kemuning. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan demi menyelesaikan masalah ini?
14) BANTUAN KEPADA SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan sekolah-sekolah SJKC, SJKT, Sekolah Agama serta sekolahsekolah lain yang telah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan setiap tahun sejak tahun 2013.
14) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan langkah yang diambil untuk memeriksa dan mengawal selia aktiviti beribadah di rumah ibadah bukan Islam agar ianya dilakukan selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan berkait dengan wabak covid-19?
14) PENYERTAAN BELIA DARI SUDUT PEMBANGUNAN EKONOMI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan belia dalam pembangunan ekonomi?
-
Apakah inisiatif latihan kemahiran untuk belia?
-
Bagaimana kerajaan menggalakkan belia untuk terlibat dalam keusahawanan?
14) PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor. Adakah peruntukan ini digunakan dengan betul?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru tahun 2008 hingga 2010.