127) JUMLAH SETINGGAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah setinggan bagi setiap pihak berkuasa tempatan yang telah dipindahkan sepanjang 2 tahun yang lepas
127) SKIM SEL DAN MIMBAR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sehingga Oktober 2012 Berapa banyak permohonan Skim Sel dan Mimbar yang telah dibuat oleh rakyat Selangor dan berapa yang diluluskan?
-
Berapa banyak golongan muda di bawah 40 tahun yang telah memohon dan berapa yang diluluskan?
-
Berapa peratus yang telah membayar balik dengan mengikut jadual ?
127) SENARAI ASET MPSJ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan aset Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) termasuk rumah, kedai, kereta dan lain-lain dari tahun 2005 hingga sekarang dan berikan butir-butir seperti harga pembelian, harga penjualan, pembeli, penjual dan asas transaksi tersebut
127) PERUMAHAN BUKIT BOTAK (SELAYANG MUTIARA)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik terkini status kemasukan dan permohonan serta pembiayaan perumahan Bukit Botak?
-
Bagaimanakah status penawaran pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi pemilik Bukit Botak yang tidak mendapat sebarang pembiayaan dari pihak bank?
127) MASALAH PENGELUARAN HIDROGEN SULFIDA (H2S) DAN GAS METANA (METHANE) DARI BEKAS LOMBONG DI TAMAN SRI MANJA, KAWASAN TAMAN MEDAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Berapa lama kah masalah ini sudah berlanjutan?
-
Secara terperinci, apakah keputusan dan tindakan kerajaan negeri dan/atau pihak Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Apakah statistik terkini mengenai kesan-kesan kesihatan terhadap penduduk-penduduk di sekitar lombong tersebut?
127) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kampung Sungai Serai, Hulu Langat kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan Bertanya kepada Y.A.B DatoÕ Menteri Besar:- a) Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?
-
Bilakah projek ini akan dimulakan ?
127) PROJEK TEBATAN BANJIR DALAM KAWASAN RAWANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk projek-projek tebatan banjir dan pemuliharan sungai dalam kawasan Rawang bagi tahun 2008-2017.
-
Senaraikan sungai-sungai yang ada dalam kawasan Rawang dan apakah perancangan JPS untuk menghijaukan kawasan tebing sungai bagi mewujudkan lebih banyak ruang rekreasi untuk penduduk tempatan
127) PERKHIDMATAN BAS AWAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Fasiliti perkhidmatan bas awam di kawasan Pelabuhan Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh pihak PBT ke atas stesen bas di Pelabuhan Klang yang tidak berfungsi sepenuhnya mengakibatkan kerugian pelaburan Kerajaan Negeri untuk kawasan tersebut.
127) BANJIR KILAT DI KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah buah rumah yang telah terjejas akibat banjir kilat yang telah berlaku pada Mac yang lalu?
-
Sehingga kini berapakah jumlah wang bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir?
-
Berapakah jumlah mangsa banjir yang belum mendapat wang bantuan tersebut dan mengapa?
127) PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN TANAH RIZAB KERAJAAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah rizab kerajaan di bawah kawasan pentadbiran PTD Hulu Langat yang terbuka permohonan untuk kegiatan perkebunan.