127) REKOD PENANAMAN POKOK LANDSKAP DI DUA BELAS PBT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pokok yang ditanam dari tahun 2016 sehingga 2020 di setiap PBT.
-
Senaraikan jumlah pertambahan pokok yang ditanam sehingga 2020 di setiap PBT.
-
Berapakah kos yang dikeluarkan oleh setiap PBT bagi tahun 2016 sehingga 2020?
127) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah menggantikan TRM yang digunakan seperti titah DYMM Sultan Selangor?
-
Senaraikan lokasi TRM yang telah digunakan dan diganti semula?
127) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah "Strategy Mapping" kerajaan melalui laluan Bas Smart Selangor dalam memperkasakan ataupun mempromosi tempat-tempat pelancongan melalui PBT?
127) PENDEKATAN MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendekatan yang sedang dan dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan budaya membaca dan sejauh mana peruntukan diberikan kepada institusi perpustakaan untuk menggiatkannya?
127) SKIM KESIHATAN WANITA (MAMOGRAM)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengaktifkan kembali program skim kesihatan wanita (MAMOGRAM).
127) KONTRAK PBT DENGAN SYARIKAT KITAR NIAGA SENDIRIAN BERHAD YANG DITAMATKAN TANPA SEBAB
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan untuk memberi penerangan tentang laporan akhbar bahawa sebuah PBT dengan tidak memberi sebab menamatkan kontrak yang telah ditandatangani dengan Syarikat Kitar Niaga Sendirian Berhad yang dikatakan lebih murah, cekap dan berteknologi tinggi sehingga prestasinya juga diiktiraf oleh PBT itu sendiri.
127) TINDAKAN KEPADA PEMEGANG KONSESI KLANG SENTRAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pemaju pemegang konsesi Klang Sentral yang telah gagal menyiapkan projek mereka dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPK?
127) TOLAK RASUAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Usaha kerajaan menjadikan rakyat benci tolak rasuah dalam Negeri Selangor?
127) PARIT-PARIT DAN ANAK-ANAK SUNGAI YANG BERTAKUNG DI IJOK : BANYAK PARIT-PARIT DAN ANAK-ANAK SUNGAI DI IJOK AIRNYA BERTAKUNG DAN DIPENUHI DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN MENGAKIBATKAN PEMBIAKAN NYAMUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Jabatan Parit dan Air Selangor mematuhi S.O.P di dalam pengendalian parit-parit dan anak-anak sungai di Selangor?
-
Apakah tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah ini?
127) TANAH RIZAB TADIKA DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula perancangan Bandar dan desa berhubungan peruntukan tanah rizab tadika di taman-taman perumahan?
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rizab tadika yang tidak dibangunkan di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan bersedia mengubah guna tanah tadika tersebut kepada guna tanah kemudahan awam termasuk balai raya, tanah lapang, surau atau rumah ibadat selain Islam?