126) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan bantuan sekolah bagi setiap sekolah di bawah DUN Balakong yang telah diluluskan sejak tahun 2022.
126) SUMBANGAN ZAKAT KEPADA ASNAF FAKIR DAN MISKIN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima sumbangan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin di Selangor dan berapa jumlah agihannya pada tahun 2015, senaraikan mengikut daerah?
-
Berapa ramai penerima zakat yang sudah terkeluar dari senarai penerima zakat dari tahun 2008 hingga Disember 2015?
126) KES CURI PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan aduan mengenai kecurian pasir diterima oleh kerajaan negeri ?
-
Berapakah kes curi yang telah diambil tindakan?
126) PEMBANGUNAN TANAH PERSENDIRIAN TANPA KEBENARAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menguatkuasakan peraturan pembangunan tanah persendirian yang berstatus pertanian dan mengawal pembangunan yang tidak terkawal tanpa kebenaran merancang terlebih dahulu daripada Kerajaan Tempatan?
126) PERSIARAN MOKHTAR DAHARI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melebarkan Jalan Persiaran Mokhtar Dahari secara keseluruhannya?
-
Jika ada, bilakah jangkaan perancangan ini bakal selesai?
126) STATUS KES DENGGI DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kes-kes denggi yang telah direkodkan untuk tahun 2010 mengikut bulan berbanding dengan tahun 2009. Senaraikan mengikut kawasan DUN.
-
Apakah langkah-langkah efektif yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memerangi wabak denggi ini?
126) PELANCONGAN DI SUNGAI AIR TAWAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan inisiatif - inisiatif Kerajaan Negeri dalam pembangunan infrastruktur untuk membantu bidang pelancongan di kawasan DUN Sungai Air Tawar?
126) PUSAT HEMODIALISIS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah bilangan pusat-pusat hemodialisis percuma untuk kegunaan rakyat?
126) LALUAN SISTEM MASS RAIL TRANSIT “MRT” DI KAJANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Laluan MRT akan berakhir di Bandar Kajang dan beroperasi pada tahun 2017. Sama ada Kerajaan Negeri akan mengkaji dan menggubal pelan induk sistem pengangkutan dalam Negeri Selangor dan dalam kawasan Kajang khususnya supaya manfaat sistem MRT dioptimumkan?
126) SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU IPR SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak YAWAS ada plan untuk membuat pemutihan data maklumat warga emas yang telah meninggal dunia dengan JPN?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mahu membuat satu sistem yang mengumpulkan semua maklumat penerima manafaat IPR seperti Peduli Sihat, SMUE, KISS, Insentif Air Selangor dan lain-lain dalam satu sistem maklumat bersepadu?