126) STATISTIK PEMBIAYAAN SKIM SMART SEWA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Statistik pembiayaan Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan bilangan permohonan yang diluluskan, lokasi kediaman, dan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan.
126) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan yang menggunakan rizab simpanan negeri dari 2019-2021?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal perbelanjaan tersebut?
126) PENCEN BAGI LANTIKAN PENJAWAT AWAM BARU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk mengantikan sistem Pencen bagi lantikan penjawat awam baru? Bukankah, ia akan menjimatkan liabiliti kewangan Kerajaan Negeri pada jangka masa panjang?
126) LESEN PEMBALAKAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua syarikat yang diberikan lesen untuk kerja pembalakan pada tahun 2015
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengeluarkan lesen kebenaran untuk kerja pembalakan pada tahun 2016?
126) PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN GURU KAFA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerap guru KAFA sebagai penjawat awam secara tetap atau kontrak di bawah skim perkhidmatan negeri?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor?
126) PRESTASI COMMUNICATION CORPORATION SDN BHD (CCSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi pendapatan dan keuntungan CCSB pada tahun 2014.
-
Apakah prestasi projek-projek dibawah CCSB?
126) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?
-
Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?
-
Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?
126) SELANGOR BUSINESS CAPITAL (SBC)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status rancangan pembangunan SBC?
-
Adakah Kerajaan mendapat sebarang pelaburan atau komitmen pelabur baru untuk inisiatif SBC?
126) VAKSIN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pusat pemberian vaksin di Selangor mengikut daerah bagi tahun 2021?
-
Nyatakan usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi usaha ke arah pemberian vaksin secara bergerak atau pandu lalu mengikut daerah?
126) KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan bagi kempen kesedaran kitar semula?
-
Nyatakan prestasi dan perancangan masa depan bagi kempen bebas plastik di Negeri Selangor.