14) KAWALAN HAKISAN DI PANTAI JENGKOK, SUNGAI PELEK, SEPANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal hakisan yang berlaku di Pantai Jengkok, Sungai Pelek yang mengakibatkan kerosakan harta benda kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut?
14) PADANG TARAF FIFA DAN KEMUDAHAN SUKAN UNTUK SEMUA JANTINA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengkaji semula cadangan membina dan menaik taraf padang bolasepak kampung supaya bertaraf padang FIFA di setiap DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kemudahan sukan selain padang bolasepak atau futsal bagi manafaat semua jantina?
14) PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan untuk sektor pertanian sebanyak RM17.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM17.8 juta untuk sektor pertanian?
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan pertanian Selangor?
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada petani-petani di Selangor khususnya petani Melayu?
14) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan pelan pengangkutan awam darat Selangor yang komprehensif?
-
Dengan kepesatan pertumbuhan penduduk, bagaimanakah keperluan pengangkutan awam rakyat Selangor dapat dipenuhi?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang melibatkan anak syarikat negeri dalam sektor pengangkutan awam?
14) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program Iltizam Selangor penyayang bagi semua kawasan DUN di Negeri Selangor bermula 2018 sehingga kini?
14) PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
YAB Menteri Besar mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran RM 1. Apakah Datuk Seri Anwar menerima imbuhan lain seperti perbelanjaan ke luar negara dan sebarang elaun?
-
Jika ada, apakah perincian aktiviti dan jumlah pembiayaan yang telah dibuat oleh beliau dan kakitangannya sejak pelantikan beliau sehingga 30 September 2010?
-
Berapa ramaikah kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan berapakah kos gaji dan pengurusan pejabat tersebut setiap bulan?
14) PARAS AIR EMPANGAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Paras air Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu menurun ketara sehingga menimbul kebimbangan rakyat. Apakah paras empangan air tersebut sekarang dan paras normalnya termasuk empangan-empangan air lain?
-
Apakah penjelasan kerajaan terhadap penurunan paras air empangan ini?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan simpanan air mentah negeri sentiasa mencukupi?
14) BENTUK BANTUAN BAGI GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Di dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang, apakah usaha-usaha yang dirangka serta dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan contohnya, pekerja yang diberhentikan kerja / graduan lepasan universiti / ibu tunggal / usahawan yang baru bermula / berminat untuk menjalankan perniagaan selain menyediakan bantuan modal permulaan dan latihan asas permulaan perniagaan?
-
Apakah bentuk bantuan lain yang boleh mereka peroleh dari kerajaan bagi membantu menaikkan lagi taraf ekonomi kehidupan mereka?
14) ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan nyatakan apakah kegiatan perniagaan utama masing-masing?
-
Senaraikan projek-projek baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dalam tempoh 2010 hingga 2014 dan status terkini?
14) PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kedudukan rumah-rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pengubahsuaian seperti menambah tingkat bagi rumah teres setingkat menjadikan dua tingkat, namun apabila siap CF gagal diperoleh. Bagaimanakah cara penyelesaiannya
-
Mengapa terdapat perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian? Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan cukai tersebut?