126) PUSAT-PUSAT SIBER
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membuka semula permohonan lesen-lesen pusat siber?
-
Apakah garis panduan Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk mengawal operasioperasi pusat siber?
126) ISU AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Masalah bekalan air di Negeri Selangor sering kali terganggu (banyak kawasan yang tidak dapat air sepanjang masa). Apakah benar ÒProjek Langat DuaÓ benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan bekalan air bersih (air terawat) mencukupi untuk keperluan rakyat Negeri Selangor
126) PENSYARAH UNISEL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
EXCO Pendidikan Tinggi ada menyatakan bahawa Institut Pengajian Tinggi kelolaan Selangor melantik pensyarah secara telus dan profesional tanpa melibatkan agenda politik. Apakah proses pelantikan yang telus dan profesional tersebut?
-
Bagaimanakah seorang pensyarah UNISEL yang ada kes siasatan polis boleh dilantik sebelum ini?
-
Apakah perkembangan kes pensyarah tersebut?
126) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM (RIBI) UNTUK DUN RAWANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada badan-badan RIBI mengikut nama dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.
-
Senaraikan senarai RIBI yang telah diluluskan permohonan pengazetan tanah RIBI dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.
-
Adakah kawasan lapang yang belum digazetkan boleh diluluskan untuk RIBI khasnya untuk rumah RIBI yang telah dibina dan wujud sebelum 2008 serta senaraikan permohonan penggazetan tanah RIBI yang masih belum diselesaikan untuk DUN Rawang dengan status terkini permohonan?
126) PROJEK LRT 3
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini landasan dan stesen pembinaan LRT 3 di DUN Sungai Kandis?
-
Apakah langkah yang diambil oleh LRT 3 bagi mengurangkan masalah banjir di Johan Setia?
-
Apakah punca sebenar banjir di Johan Setia sejak pembinaan LRT3 di kawasan itu?
126) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian perancangan kerajaan setakat ini
-
Adakah kerajaan bersedia untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi Sekolah-sekolah Rendah Agama sebagai satu alternatif.
-
Apakah perancangan seterusnya mengenai penubuhan Sekolah Menengah Agama Teknik
126) BILLBOARD DAN BUNTING KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah kepentingan billboard dan bunting tersebut kepada kemajuan negeri?
-
Berapakah kos yang dikeluarkan untuk memasangkan billboard dan bunting tersebut mengikut PBT?
-
Nyatakan syarikat yang mendapat kontrak menyedia dan memasang banner serta bunting tersebut?
126) PROGRAM MEMBAIK PULIH GELANGGANG SUKAN DI SETIAP DUN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kelulusan program membaik pulih gelanggang sukan untuk setiap DUN?
-
Apakah kerajaan akan meningkatkan jumlah peruntukan untuk membaik pulih infrastruktur sukan di kawasan Dun?
126) ISU Pencemaran Sumber Air Mentah/Sungai
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah benar Peguam Negara tidak pernah mengambil tindakan terhadap kes pencemaran air sungai di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri berjaya melibatkan NGO Sahabat Sungai di dalam membantu pengurusan lembangan sungai di Selangor?
126) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan peluang yang mereka perolehi untuk mengubah nasib mereka?