126) PELAKSANAAN PROJEK OLEH PEMAJU SWASTA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pemaju swasta untuk melaksanakan projek - projek pembangunan memandangkan aturan wajib pembangunan serta capital contribution yang dikenakan ke atas pemaju sentiasa berubah dan tidak konsisten ?
126) MPKJ MEMBUKA TAWARAN KONTRAKTOR LUAR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada awal Januari 2012, pihak MPKj membuka tawaran kontrak secara terbuka kepada kontraktor luar, dan kontraktor yang sedia ada membuat bantahan. Pihak kontraktor manakah yang membantah MPKj membuka kontrak secara terbuka mengangkut sampah?
-
Berapa lamakah pihak tersebut memonopoli kontrak perbandaran ini?
-
Sejauh manakah pihak MPKj dapat mengatasi monopoli kontrak kepada kroni- kroni ini?
126) SELANGOR INFORMATION TECHNOLOGY DAN E-COMMERCE CENTRE (SITEC)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kejayaan SITEC dalam membantu golongan muda dalam IKS?
-
Nyatakan jumlah golongan muda yang telah dibantu oleh SITEC mengikut daerah?
126) STATUS GURU-GURU TAHFIZ DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor yang melayakkan seseorang itu menjadi guru tahfiz?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelaraskan kurikulum di Maahad Tahfiz bagi mengelakkan ajaran yang tidak sepatutnya diajar?
126) DEMAM DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan kes demam denggi yang dicatatkan mengikut PBT berakhir 30 April 2008?
-
Berapa jumpa kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dua tahun yang lepas untuk aktiviti "fogging"dan senaraikan butir-butir syarikat yang mendapat kontrak tersebut mengikut PBT. (Tempoh, lokasi,jumlah nilai)
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah demam denggi ini?
126) KEBAKARAN HUTAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan hutan-hutan di Selangor yang berlaku kebakaran pada tahun 2014. Sila berikan butir-butirnya.
-
Apakah penghargaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada anggota- anggota yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di hutan.
126) JALAN RAYA BERTAMPAL DAN ROSAK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Keadaan jalan raya bertampal sana sini. Laluan bermula dari simpang empat Jeram menghala ke Sungai Buloh sangat teruk. Adakah peruntukan jalan banyak untuk bajet proses penampalan sahaja?
-
Adakah peruntukan yang disediakan menyamai keperluan semasa dalam memastikan jalan raya berkeadaan baik?
126) PENCEMARAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR RAWANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang telah kerajaan ambil untuk memastikan pencemaran perindustrian tidak menjejaskan suasana kehidupan di kawasan kediaman Rawang?
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu pencemaran perindustrian?
-
Apakah rancangan yang akan dilaksanakan supaya pencemaran perindustrian akan berkurangan?
126) PEMBANGUNAN BAIK PULIH SURAU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?
-
Berapakah peruntukan yang telah disediakan bagi tahun 2022?
126) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan mengikut daerah untuk tempoh 2013-2015.
-
Senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu sehingga 2015 mengikut daerah.