125) PERJANJIAN DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UNTUK PEMAJU PERUMAHAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Dengan pembangunan yang dibawa oleh pemaju ke Bandar Puncak Alam hari ini, tidak semuanya mematuhi syarat-syarat penyelenggaraan kemudahan awam di sekitar. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengetatkan syarat perjanjian dengan pemaju, atau sekadar menekankan pematuhan SOP sedia ada?
125) ASET KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai aset dan bukan tunai Kumpulan Hartanah sehingga terkini?
-
Nyatakan jenis, lokasi, keluasan dan nilai hartanah milik KHSB yang terbaru?
125) JAWATAN YANG DIPEGANG MENTERI BESAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua jawatan yang dipegang oleh YAB Dato Menteri Besar dalam badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi-agensi lain.
-
Berapakah jumlah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh YAB Dato Menteri Besar untuk setiap jawatan yang dipegang?
125) JMB ATAU MC
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila lampirkan semua skim strata di Selangor yang tidak mempunyai JMB atau MC, mengikut kawasan DUN jika ada, atau mengikut PBT.
-
Sila butirkan bilangan unit bagi setiap skim di jawapan (a).
125) KESAN COVID-19 KEPADA EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan ekonomi khasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Negeri Selangor akibat penularan wabak COVID-19?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pendapatan, keberhasilan dan pertumbuhan ekonomi terus utuh & stabil?
125) BAJET GENDER
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran kepada para EXCO dan pegawai kerajaan yang di peringkat pembuat dasar, terhadap kebaikan dan keperluan kepada bajet gender?
-
Bilakah dapat dilaksanakan Bajet Gender ini?
-
Adakah perkhidmatan yang diberikan setakat ini mengambil kira keperluan dan kecenderungan serta halangan yang dihadapi oleh wanita, lelaki, budak lelaki dan perempuan dan juga kumpulan yang terpinggir secara objektif?
125) ISU PEMBANGUNAN TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kenapa proses penilaian oleh JPPH ke atas tanah ini berjalan terlalu lambat dan apakah status terkini proses tersebut?
-
Kenapa proses penilaian oleh JPPH ke atas tanah ini berjalan terlalu lambat dan apakah status terkini proses tersebut?
125) BANTUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS (SKIM BANTUAN KEBAJIKAN NEGERI)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Adakakh Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan nilai bantuan kebajikan RM250 hingga RM350 ke satu nilai yang dilihat munasabah?
125) VAKSIN UNTUK BUKAN WARGANEGARA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rekod bilangan bukan warganegara yang menerima vaksin Selangor. Sila senaraikan menurut DUN?
125) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bercadang untuk membina dewan orangramai yang baharu di setiap kampong-kampong tradisi?
-
Apakah kerajaan bersedia membangunkan kemudahan seperti padang riadah komuniti di setiap mukim di negeri Selangor?