125) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah rakyat berpendapatan rendah yang telah dapat membeli dan memiliki rumah kos rendah dan rumah mampu milik di dalam Negeri Selangor sejak tahun 2008?

  2. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah mampu milik yang sedang dibina oleh Kerajaan Selangor?

  3. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan mampu milik yang dirancang untuk dibina oleh Kerajaan Selangor?

125) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan OKU menurut DUN yang telah berdaftar di bawah JKM di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan pemohon menurut DUN di seluruh Negeri Selangor yang memohon agar didaftarkan sebagai OKU di bawah JKM tetapi ditolak pendaftarannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program bersepadu yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan program bantuan dan pembangunan OKU di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

125) GANGGUAN KESELESAAN DAN KETENTERAMAN OLEH PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mengenal pasti bilangan pendatang asing tanpa izin yang berada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tindakan yang telah/akan diambil untuk menyelesaikan masalah gangguan keselesaan dan ketenteraman oleh PATI ini terutamanya di DUN Dusun Tua seperti di Kondominium Venice Hill, Taman Alam Jaya dan lain-lain.

125) KAWALAN JUALAN ARAK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Terdapat kes di mana Kerajaan Negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak. Siapakah Pihak yang sebenarnya bertanggungjawab mengawal penjualan arak di Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Pihak PBT boleh mencampuri urusan penguatkuasaan enakmen Islam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri boleh menjamin perkara ini dapat diselesaikan dan tidak berlaku di masa hadapan ?

125) BANTUAN SEKOLAH DI DUN RAWANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama sekolah dan jumlah bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada sekolah SJK(C), SJK(T), SAR dan KAFA dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.

    Klik jawapan »

125) TERNAKAN SIPUT SEDUT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan habitat siput sedut di dalam hutan bakau di kawasan persisiran pantai di Negeri Selangor sentiasa terpelihara dan tidak mengalami kepupusan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri membantu pengusaha-pengusaha penternak siput sedut tersebut? Jika ada berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan dan bilangan pengusaha siput sedut tersebut yang dibantu?

    Klik jawapan »

125) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama projek-projek Rumah Selangorku dan Rumah Idaman serta jumlah unit setiap projek tersebut yang masih boleh dipohon.

    Klik jawapan »

125) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan semua jawatan dan pegawai yang berkhidmat di bawah DEIG sehingga kini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tujuan ÒRequest For InformationÓ (RFI) dijalankan dan bagaimana ianya dijalankan serta berapa banyak RFI yang telah diterima sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan seterusnya selepas RFI?

    Klik jawapan »

125) ISU Pencemaran Air Sungai Dan Gangguan Bekalan Air

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan dapat menambah baik sistem penguatkuasa untuk mengawalselia kerja kerja yang berkaitan pada zon penampan/takungan sumber air yang boleh mengakibatkan pencemaran akibat sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri dapat menambah bilangan penguatkuasa bagi proses pemantauan?

    Klik jawapan »

125) WARGA TUA TIDAK ADA SUMBER KEWANGAN SELEPAS BERSARA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan diambil Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini yang tidak layak untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perlu Kerajaan membantu mereka menyara kos kehidupan dan menangani isu penuaan dengan menyediakan peluang pekerjaan seperti mewujudkan stor perniagaan di taman perumahan mereka?

    Klik jawapan »