124) PEDULI SISWA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Universiti Tempatan. Senaraikan mengikut universiti?
-
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Timur Tengah. Senaraikan mengikut Negara Jordan, Mesir dan Moroco?
-
Berapa kos keseluruhan untuk skim ini telah dibelanjakan?
124) PRESTASI PNSB
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek-projek PNSB dan anak syarikatnya serta status pelaksanaan dari 2008 Ð 2013?
-
Berapakah nilai dan keuntungan dari projek-projek tersebut?
124) BANCIAN NAMA PENIAGA DI KEDAI SUSUR KELUAR UKAY PERDANA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selepas Kerajaan merobohkan kedai mereka mereka dijanjikan tapak baru untuk berniaga. Sila kemukakan nama dan butiran lengkap peniaga yang telah dibanci oleh Kerajaan.
124) PRESTASI KEWANGAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan perbelanjaan Yayasan Selangor dari 2015-2017.
-
Nyatakan anggaran pendapatan Yayasan Selangor pada 2018.
124) PRESTASI KEWANGAN PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik prestasi pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Selangor dari 2008 hingga 2013?
-
Berikan pecahan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah strategi PBT untuk meningkatkan pendapatan dan mengawal perbelanjaan?
124) HASIL PREMIUM DARIPADA PEMBANGUNAN TANAH RRI, SUNGAI BULOH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Hasil premium dan bayaran lain, jika ada, yang diterima Kerajaan Negeri daripada anak syarikat KWSP iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. yang sedang giat membangunkan 93.2 hektar (2,330 ekar) tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh
124) SALAH GUNA PREMIS PERSENDIRIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme bagi mengawal aktiviti menjadikan rumah-rumah persendirian sebagai kedai runcit dan juga asrama pekerja-pekerja asing?
-
Adakah Kerajaan dan Pihak Berkuasa menyedari kegiatan hiburan haram warga asing yang terselindung di sebalik premis persendirian?
124) RUMAH SELANGORKU JENIS B
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi dan jumlah unit Rumah Selangorku jenis 'B' yang telah siap dibina.
-
Nyatakan jumlah pemohon rumah jenis 'B' dan jumlah yang telah diluluskan.
124) CUKAI PUSAT HIBURAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis-jenis cukai pusat hiburan yang dikutip oleh PBT?
-
Berapakah jumlah kutipan cukai pusat hiburan mengikut jenis di setiap PBT tahun 2012-2014?
124) MASALAH KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila perjelaskan apakah punca utama yang menyebabkan sejak kebelakangan ini sering berlaku masalah kelewatan kutipan sampah di kebanyakan PBT ?
-
Sila nyatakan apakah modus operandi yang diguna pakai oleh setiap PBT bagi mengatasi masalah tersebut ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah perbelanjaan kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan setiap tahun bagi seluruh PBT Negeri Selangor ?