124) TAPAK UNTUK MENEMPAT ANJING LIAR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos untuk membina tapak tersebut dan dimanakah tempat itu?
-
Siapakah yang menjaga kawasan tersebut dan cara untuk memproseskan anjing liar
124) MASALAH SOSIAL DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar jenayah di Selangor pada tahun 2008 dan setengah tahun pertama 2009?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bertambahnya kadar jenayah di Selangor?
-
Apakah tindakan yang diambil bagi menghapus atau mengurangkan jenayah tersebut?
124) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi, keluasan dan nilai hartanah di bawah kumpulan ini mengikut daerah?
-
Apakah perancangan kasar untuk pembangunan tanah-tanah tersebut di masa hadapan?
124) KADAR CUKAI PINTU NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kadar cukai pintu untuk kediaman,komersial dan industri untuk kawasan kurang maju dan kawasan maju mengikut pecahan PBT bagi tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing
-
Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai pintu di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai pintu?
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai pintu untuk zon industri dan komersial di Negeri Selangor?
124) PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah kelulusan bagi semua jenis rumah telah diluluskan semenjak tahun 2008 hingga kini?
-
Senaraikan bilangan kelulusan bagi semua jenis rumah semenjak tahun 2008 mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Senaraikan bilangan rumah telah diluluskan semenjak tahun 2008 mengikut syarikat pemaju.
124) Status Yayasan Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pendapatan hasil jualan 77 aset milik Yayasan Selangor yang ditawarkan untuk dijual?
-
Adakah Yayasan Selangor terlibat dengan sebarang usahasama dengan mana-mana syarikat swasta?
-
Jika ada sila nyatakan nama syarikat dan bentuk usahasama yang dibuat.
124) BENCANA ALAM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah bilangan unit rumah dan lokasinya di sekitar Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tempat tinggal semasa bencana alam berlaku.
124) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama-nama kontraktor sisa pepejal yang menjalankan kerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dari tahun 2008-kini
124) SKIM PERUMAHAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan ke manakah arah tuju bantuan perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor
-
Berapakah jumlah rakyat yang memerlukan skim perumahan rakyat ini?
124) AGAMA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor / Jabatan Agama Islam Selangor dalam membuat perlantikan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negeri Selangor bagi tahun 2012?
-
Adakah senarai nama pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid dan surau yang ditauliahkan oleh pihak JAIS bagi tahun 2012 berasaskan senarai yang telah dipilih oleh mesyuarat agong tahunan bagi setiap masjid dan surau sebagaimana mesyuarat yang telah diadakan?