13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?
-
Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
-
Berapakah peruntukan yang disediakan ?
13) ISU PENJUALAN LOT BUMI KEPADA BUKAN BUMIPUTERA DI USJ ONE PARK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status penyelesaian isu penjualan lot bumi kepada bukan bumiputera di USJ One Park?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemaju ataupun ahli lembaganya?
-
Apakah langkah-langkah sistematik dan dari segi pentadbiran yang akan diambil untuk memastikan hak bumiputera terpelihara?
13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?
13) PENGUKUHAN SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengguna pakai tanah-tanah lapang/terbiar milik Kerajaan Negeri bagi dijadikan pusat pertanian sementara?
-
Apakah program bantuan kepada petani kecil dan sederhana?
13) SELANGOR FREELANCE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang Selangor Freelance?
-
Apakah sektor pekerjaan yang terlibat di dalam program tersebut?
-
Adakah Kerajaan dapat menyenaraikan Syarikat Anak Kerajaan Negeri yang akan terlibat di dalam program tersebut?
13) KEADAAN JALAN RAYA NEGERI YANG BURUK TIDAK RELEVAN DENGAN STATUS MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mengetepikan tanggungjawabnya sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menaiktaraf jalan raya di kawasan PBT?
-
Adakah kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan jalan raya di kawasan PBT?
13) TABUNG AMANAH PERKUBURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kerja-kerja yang sedang dan telah dilaksanakan melalui tabung ini di Daerah Kuala Selangor terutamanya di DUN Permatang.
-
Sila nyatakan kos perbelanjaan yang telah digunakan bagi tujuan tersebut.
13) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
-
Bila kerajaan akan membentangkan pindaan Enakmen MBI 1994?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan rasionalisasi dan konsolidasi anak-anak syarikat PKNS, PKPS dan Yayasan Selangor? Jika ya, apakah status? Jika tidak, kenapa?
13) SKIM MIKRO KREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIM-SEL) untuk manfaat golongan kurang berkemampuan. Bagaimana perkembangan semasa program ini ?
-
Berapa orangkah yang telah menerima bantuan daripada program ini mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membiayai program ini?
13) MASALAH PENGURUSAN JMB
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah usia rumah-rumah pangsa yang berada di Daerah Klang?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah-rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun?
-
Berapakah jumlah terkini JMB yang aktif dan yang tidak aktif di dalam Daerah Klang?