124) MARTABAT SENI BUDAYA TEMPATAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Meru sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan menengahkan seni budaya tempatan seperti caklempong dan gasing?
124) ISU PENGANGGURAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai data golongan belia yang mengganggur di Selangor? Berikan pecahan mengikut jantina dan lokasi PBT
-
Apakah rancangan khas bagi menangani isu ini terutama dalam menempatkan mereka untuk mengisi pekerjaan di Selangor?
124) JALAN MARRIS DI BAWAH MBSA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa kilometer jalan didaftarkan di bawah MARRIS di MBSA? Sila senaraikan mengikut tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2016
-
Berapa kos diperuntukkan bagi setiap satu kilometer?
-
Berapakah bayaran peruntukan MARRIS kepada MBSA bagi setiap tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2017?
124) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan akan mewajibkan pengasingan sampah di rumah menjelang 2013 bagi menjadikan sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini lebih efektif sebagai salah satu langkah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pengurusan sisa pepejal mengikut peruntukan Akta dan senaraikan kontraktor yang bertanggungjawab untuk pungutan sisa pepejal di Negeri Selangor?
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap PBT dalam Negeri Selangor bagi menjayakan Kempen Pengasingan Sampah yang dirancangkan akan berkuat kuasa pada tahun 2013.
-
Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memantau pungutan sisa pepejal serta keefisienan kontraktor memandangkan pungutan sisa pepejal kini bukan lagi dikendalikan oleh Pihak Kerajaan Tempatan?
124) PENGURUSAN BANTUAN BENCANA ALAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanisma pengurusan bencana alam di peringkat DUN dan negeri?
124) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauhmana program ini dapat membantu JMB-MC menyelesaikan masalah pengurusan yang ada?
-
Sila nyatakan dari jumlah JMB-MC yang ada, berapa yang telah dikenalpasti bermasalah?
-
Apakah program ini di wajibkan kepada setiap badan pengurusan atau sebaliknya? Jika tidak, bila akan diwajibkan?
124) JAMINAN PEKERJAAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran peluang pekerjaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada 2022 mengikut sektor?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri menyediakan pekerjaan secukupnya kepada anak negeri ?
124) AJARAN SESAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan terperinci menangani ajaran sesat di Selangor iaitu ajaran dan fahaman WAHBI ? i ) Sudahkahada tangkapan dibuat? ii) Daerah mana yang terlibat ? iii) Apakah bentuk fahaman WAHBI dan dimana kesesatannya?
124) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah dengan menjawab pertanyaan saya bahawa ÒKerajaan Negeri, PTD Gombak dan pihak MPAJ tidak pernah berjanji untuk menyediakan penempatan baru peniagaÓ bererti telah terbatal jaminan Kerajaan Negeri yang terdapat dalam hansard Dewan Negeri Selangor, 9 Nov 2017, ms 19.
124) MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah skop kerja yang dibenarkan untuk menggunakan peruntukan MARRIS? Sila menyenaraikan atau membekalkan sesalinan garis panduan tentang kegunaan MARRIS.