123) KILANG HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah seriusnya masalah kilang haram di negeri Selangor? Apakah masalah-masalah utama yang dikenal pasti telah ditimbulkan oleh kilang-kilang haram ini ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah pengusaha kilang haram di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah. Siapakah pengusaha kilang-kilang haram ini, adakah rakyat tempatan atau warga asing ?
-
Apakah langkah-Iangkah dan strategi seta pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani kilang-kilang haram ini ?
123) RAIN HARVESTING/PENUAIAN HUJAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri di dalam prospek Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor?
-
Apakah perancangan dari kerajaan negeri bagi menjadikan Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor sebagai suatu sumber penggunaan air?
123) PENGURUSAN SISA PEPEJAL PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos keseluruhan bagi pengurusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dari Tahun 2010 hingga tahun 2016?
-
Apakah usaha Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengurangkan kos ini?
123) SELCARE PHARMACY
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keuntungan/kerugian bersih jualan produk Selcare Pharmacy pada tahun 2019, 2020, dan 2021.
-
Nyatakan kos pengurusan Selcare Pharmacy pada tahun 2021.
123) PROJEK MEMBAIKI JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah projek-projek yang sedang berjalan dan akan dibuat dalam jangka masa 5 tahun lagi bagi menaik taraf atau membina semula jalan-jalan kampung di Meru?
-
Apakah proses yang perlu bagi penduduk bagi mencepat dan mempermudahkan urusan pembinaan dan membaiki semula jalan-jalan kampung serta loronglorong?
-
Apakah anggaran kos kasar bagi membina atau membaiki semula jalan-jalan kampung serta lorong-lorong?
123) TEMPAT LETAK KERETA SWASTA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah jumlah tempat letak kereta swasta mengikut pecahan PBT di seluruh negeri Selangor ?
-
Apakah syarat-syarat bagi membolehkan sesuatu tempat letak kereta itu diswastakan?
123) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah banyak Dewan Orang Ramai yang masih belum menyerah balikkan kunci kepada pihak berkuasa, dan sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN?
-
Adakah dewan di Jalan Taman Muda yang kini merupakan pejabat Ahli Parlimen Pandan digunakan secara sah? Pihak manakah yang mengutip cukai pintu dan cukai tanah dari dewan tersebut?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap PBT-PBT yang lewat atau belum mengambil alih dewan-dewan sedemikian?
123) ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang-kilang yang melepaskan asap berlebihan sehingga menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar terutamanya kilang-kilang di kawasan Meru?
123) PROJEK USAHASAMA PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua projek usahasama yang sedang dijalankan oleh pihak PKNS sejak 3 tahun yang lalu?
-
Sila perjelaskan apakah perbezaan ketara di antara projek usahasama yang dijalankan oleh PKNS sewaktu kerajaan yang lalu dengan kerajaan sekarang dan nyatakan apakah manfaatnya terhadap PKNS dan kerajaan negeri?
-
Sila kemukakan projek-projek usahasama yang gagal disiapkan oleh pihak pemaju dan nyatakan apakah tindakan susulan yang dilakukan oleh PKNS terhadap pemaju serta projek tersebut?
123) AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan telah mengenalpasti kaedah dan mekanisme untuk melaksanakan pemberian Air Percuma bersasar ?
-
Bilakah pemberian Air Percuma secara bersasar ini akan dilaksanakan ?