123) PENGASINGAN SAMPAH DAN KITAR SEMULA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa panjang bagi pengasingan sampah dan kitar semula di Negeri Selangor?
-
Sehingga kini, berapa banyak kawasan di Negeri Selangor yang telah menjalani projek perintis perlaksanaan pengasingan sampah dan kitar semula?
-
Apakah hasil dapatan daripada perlaksanaan projek tersebut?
123) PERUNTUKAN PENGURUSAN PEJABAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bolehkah peruntukan tambahan pengurusan pejabat dinaikkan dari RM10,000 kepada RM30,000 setahun, memandangkan harga kos barangan yang semakin meningkat
123) PROJEK-PROJEK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Diminta satu senarai projek-projek melebihi RM1 juta yang telah diputuskan oleh kerajaan yang dijalankan secara rundingan terus dari tahun 2004 hingga 2007?
-
Meminta satu senarai syarikat yang mendapat projek ini
123) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tabung pemberdayaan wanita?
-
Senaraikan program yang dilaksanakan melalui tabung ini mengikut DUN
123) SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL INSURAN PESAWAH PADI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah status skim perlindungan takaful insuran pesawah padi dan perkembangan terkini skim tersebut?
-
Senaraikan insentif dan bantuan kerajaan dalam mengurangkan bebanan pesawah dalam menghadapi isu kenaikan harga diesel, baja dan peningkatan kos yang lain.
123) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi SRAI di Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang bagi membuat SRAI yang baru bagi menggantikan SRAI Salak Tinggi yang serba dhaif kerana lokasi yang sudah tidak sesuai?
123) GAJI, ELAUN DAN IMBUHAN YB SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan gaji dan elaun bulanan serta imbuhan yang terima oleh YB Speaker dan YB Timbalan Speaker kini?
-
Nyatakan perubahan nilai gaji, elaun dan imbuhan yang telah dilaksanakan?
123) SENARAI MASJID DAN SURAU DUN BALAKONG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan masjid-masjid serta surau-surau yang berada di kawasan DUN Balakong.
123) PELAJAR NAZA DI GURUN,KEDAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Adakah Yayasan Selangor memberi sumbangan tajaan kepada pelajar NAZA di Gurun, Kedah?
-
Nyatakan jumlah pelajar dan kos tajaan?
123) TANAH DAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Bagaimana prosuder pengeluaran permit kegunaan untuk aktiviti pertanian di hutan simpan?
-
Adakah kerajaan membenarkan hutan simpan boleh dipajak oleh mana-mana individu atau agensi? (Pajak atas pajak)
-
Adakah kerajaan boleh memberi kebenaran menduduki hutan simpan tujuan penternakan atau pertanian?