122) PROMOSI LOKASI PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membantu mempromosikan tempat-tempat atau lokasi-lokasi menarik yang terdapat di DUN Taman Templer sebagai lokasi pelancongan untuk dilawati pengunjung dalam atau luar negara?
122) BENCANA ALAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah bilangan unit rumah dan lokasinya di sekitar Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tempat tinggal semasa bencana alam berlaku.
122) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA DAN PEMASANGAN STESEN BAS DI LOKASI YANG SESUAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan bas percuma di MPAJ dalam tempoh masa 2 tahun?
-
Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk menyeragamkan struktur stesen bas di lokasi yang sesuai di seluruh Selangor?
-
Berapakah bajet Selangor untuk perkhidmatan bas percuma?
122) HASIL PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pengeluaran padi setahun di negeri Selangor
-
Dikatakan penghasilan padi di Sekinchan tertinggi bagi sehektar di Selangor. Apakah faktor-faktor penghasilan tersebut.
-
Bagaimanakahpenghasilan pertanian padi di kawasan-kawasan lain di Selangor
122) SKIM KESIHATAN WANITA MAMMOSEL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peserta Skim Kesihatan Wanita Mammosel pada tahun 2016
-
Apakah penambahbaikan yang dilakukan pada tahun 2016?
122) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah dana peruntukan BSS akan ditambah memandangkan permohonan dilihat begitu memberangsangkan?
122) PRESTASI GLC
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi terkini setiap anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)?
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi membuat lantikan di kalangan orang politik yang mempunyai merit dan kelayakan profesional?
-
Apakah ada cadangan untuk menutup atau menggabungkan anak-anak syarikat yang kerugian atau apakah langkah susulan lain yang sedang dan akan dilakukan untuk mengatasinya?
122) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program PeBT Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari 2019-2021?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menggerakkan PeBT setiap tahun?
122) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 bagi Kampung Baru Batu 11 Cheras, Kampung Baru Sungai Chua, Kampung Baru Balakong, Kampung Baru Kwantung dan Bukit Angkat.
122) KERJA-KERJA NAIK TARAF KOTA DARUL EHSAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci kaedah pemberian tender dan proses perolehan kontrak untuk kerja-kerja naik taraf Kota Darul Ehsan
-
Nyatakan secara terperinci nama, alamat dan pemilik syarikat kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja naik taraf tersebut?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk kerja naik taraf tersebut dan jelaskan secara terperinci?