13) KAWASAN KAKI LIMA RUMAH KEDAI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PBT yang mempunyai dasar untuk membenarkan perniagaan meletakkan barang niaga di sebahagian daripada kaki lima?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menyeragamkan dasar ini di seluruh Negeri Selangor?
13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?
-
Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
-
Berapakah peruntukan yang disediakan ?
13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?
13) MEMANFAATKAN TANAH BERSTATUS PERTANIAN TERBIAR DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memanfaat tanah-tanah berstatus pertanian milik persendirian di sekitar Kampung Tradisi Telok Gong dan Kampung Tradisi Pulau Indah bagi mengelakkan tanah tersebut terbiar dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?
13) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Projek pelancongan perindustrian akan dilancarkan pada awal tahun depan di Balakong, apakah bantuan atau insentif yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri?
13) JUMLAH PERBELANJAAN MAJLIS PERAYAAN DI PERINGKAT NEGERI DAN PBT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam setiap majlis perayaan di peringkat negeri dan PBT sejak tahun 2008.
-
Sila bandingkan kos-kos yang di belanja dalam majlis perayaan dengan jumlah bajet di setiap PBT
13) PEMBINAAN LANGAT 2
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?
-
Senaraikan semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya.
-
Bilakah Fasa 2 akan bermula dan siap?
13) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk 10 tahun akan datang bagi memastikan sungai-sungai di Selangor terjaga dan bebas dari pencemaran?
-
Adakah Kerajaan Negeri terlibat mengeluarkan kos penyelenggaraan sungai di Negeri Selangor dan sekiranya ada, berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu bagi tempoh 5 tahun yang lepas
-
Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan pemeliharaan sistem parit dan saliran sentiasa dilaksanakan dengan cekap bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
13) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
-
Bila kerajaan akan membentangkan pindaan Enakmen MBI 1994?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan rasionalisasi dan konsolidasi anak-anak syarikat PKNS, PKPS dan Yayasan Selangor? Jika ya, apakah status? Jika tidak, kenapa?
13) RANCANGAN KHAS BANDAR MALAWATI 2020-2025
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah perkembangan pembangunan ekonomi dan pelancongan Kuala Selangor melalui RKK Bandar Malawati 2020-2025?
-
Bagaimana RKK Bandar Malawati dapat menjana pendapatan warga tempatan serta menambahbaik ekonomi para peniaga tempatan?