121) SKIM BANTUAN AM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri ke atas Skim Bantuan Am?
-
Berapa ramaikah penerima Skim Bantuan Am ini mengikut pecahan DUN dan kaum?
121) CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional di sebalik perkongsian kos pembinaan berjumlah hampir RM 60 juta dengan I-City Bhd bagi pembinaan persimpangan bertingkat itu?
-
Kenapa anak-anak Syarikat Kerajaan (State GLC) dibebani dengan berkongsi membayar kos pembinaan persimpangan tersebut?
122) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah rekod tindakan kerajaan setakat ini kepada pemilik yang menyewakan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga daripada tahun 2017 sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menemui solusi terbaik bagi mencegah perkara ini berulang?
-
Apakah tindakan seterusnya kepada mereka?
122) BANTUAN KEBAJIKAN JKM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar kerajaan negeri bagi penerima bantuan bulanan JKM? disumbangkan
-
Adakah perancangan untuk meningkatkan kadar tersebut?
-
Adakah bengkel bimbingan motivasi dan latihan berjadual bagi setiap penerima bagi meningkatkan taraf kehidupannya?
122) BAYARAN FI PENYELENGGARAAN FLAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes yang didakwa di mahkamah kerana tidak membayar fi penyelenggaraan bulanan?. Sila beri pecahan mengikut PBT untuk 3 tahun yang lepas?
-
Berapa bilangan pegawai di setiap PBT dan di LPHS yang bertugas untuk tujuan ini?
122) FREE RIDERS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Peneroka Bandar melalui badan berkuasa tempatan dan JMB/MC supaya penduduk yang menjadi "Free Riders" di premis berstatus strata dapat diambil tindakan yang sewajarnya?
122) BANCIAN NAMA PENDUDUK SAH BAIK DI KG BATU 8
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Masih terdapat kawasan penempatan setinggan di Kg Batu 8 Hulu Kelang. Sila kemukakan senarai nama dan butiran lengkap bancian yang telah dibuat oleh Kerajaan bagi melayakkan tawaran perumahan.
122) PEMBELIAN SPLASH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembelian SPLASH?
-
Nyatakan jangkamasa Kerajaan Negeri memuktamadkan pembelian SPLASH.
122) LIPUTAN UNIFI DI DUN MERU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan Internet kelajuan tinggi UNIFI yang lebih meluas di DUN Meru yang kini masih lagi rendah dan terhad liputannya?
122) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2017, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Nyatakan jumlah panjang jalan pertanian bagi kategori kawasan pekebun kecil mengikut daerah.
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?