121) LATIHAN ESQ LEADERSHIP
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pihak Mufti Wilayah Persekutuan memfatwakan ESQ (Emotional, Spritual & Q) sebagai menyeleweng (di gazet pada 13 Jun 2010). Apakah pendirian kerajaan negeri Selangor terhadap ESQ?
-
Adakah setakat ini ESQ beroperasi di negeri Selangor?
-
Adakah sebarang tindakan yang diambil terhadap ESQ?
121) SYARIKAT BARU PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu syarikat baru pengurusan sampah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sampah dan tidak dimonopoli oleh KDEB sahaja?
121) KERUNTUHAN TEBING SUNGAI KAMPUNG SUNGAI TANGKAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Aduan runtuhan tebing Sungai Tangkas telah disampaikan oleh pihak MPKK Kampung Sungai Tangkas pada 21 Oktober 2021. Pihak ADN Sungai Ramal telah menyampaikan surat peringatan sebanyak empat kali kepada pihak JPS Hulu Langat, tetapi hingga kini tebing masih belum dibaiki. Runtuhan tebing merebak semakin besar sehingga menjejaskan rumah yang berdekatan. Bilakah pihak JPS Hulu Langat akan mengambil tindakan untuk membaiki tebing tersebut?
121) E-STRATA DAN SELAMAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Difaham bahawa konsep e-strata dan portal https://strata2u.selangor.gov.my/ telah wujud sebelum ini. Sila beri penerangan, contoh dan illustrasi bagaimana sistem e-strata Secured Land Management System (SELAMAT) yang dilancarkan pada Januari 2015 boleh memudahkan transaksi tanah berstrata dan menjamin keselamatan transaksi tanah
121) GERAI-GERAI DI TAMAN PUTRA (JALAN TERATAI _) BERHADAPAN PUTERI COURT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pengurus gerai-gerai tersebut.
-
Adakah mereka mempunyai lesen perniagaan dan apakah jenis lesen?
-
Kenapakah penjaja asing boleh berniaga ditapak tersebut? Sila nyatakan operasi yang pernah diambil oleh PBT MPAJ pada tahun 2010.
121) PROGRAM ÔNO PLASTIC BAG EVERY SATURDAYÕ
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah syarikat dan korporat yang menyertai program ini?
-
Berapakah korporat yang tarik diri selepas program ini bermula. Mengapa?
-
Siapakah yang sepatutnya memantau program ini dan apakah sasaran yang kerajaan ingin capai dan cara-cara mencapai sasaran?
121) BAS SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju Bas Selangor dalam gambar pengangkutan awam bagi negeri Selangor memandangkan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan?
-
Apakah pelan pengangkutan awam bagi Negeri Selangor yang akan dilaksanakan dalam 5 tahun ini?
121) STATUS RANCANGAN TAPAK PERKUBURAN BERSEPADU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status Rancangan Tapak Perkuburan Bersepadu yang dicadangkan bertempat di Daerah Sepang.
121) EKONOMI BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada Belia dalam tempoh tahun 2013-2016?
-
Berapakah peratusan pengangguran Belia pada bulan Januari 2017?
-
Apakah insentif - insentif yang ditawarkan kepada Belia untuk menjadi usahawan berjaya?
121) MAKLUMAT LEBUHRAYA SKVE
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan maklumat Lebuhraya SKVE yang mengandungi nama syarikat pengurusan, butir-butir peta jalanraya bermulanya Tol Ayer Hitam hingga ke Pulau Carey, caj tol untuk semua kelas kenderaan.