121) PUSAT KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009
-
Apakah tindakan atau perancangan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik terutama nya menangani masalah deman denggi dan batuk kering yang sedang berleluasa sekarang ini di Kawasan Ampang khususnya?
121) JEJAK KARBON
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan kerajaan dalam pengurangan pengeluaran karbon?
-
Apakah rancangan dan pencapaian dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Selangor.
-
Apakah rancangan dan kemajuan kerajaan dalam penggunaan tenaga solar?
121) KEMPEN ANTI ZINA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?
-
Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi mengatasi gejala tersebut?
-
Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada meerka yang terlibat?
121) TAPAK PENJAJA DAN KAEDAH KUTIPAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah garis panduan tapak-tapak penjaja dan pasar malam serta kaedah kutipan yang dibenarkan serta pecahan yuran yang dikenakan terhadap penjaja
-
Sila nyatakan tapak-tapak di Petaling Jaya yang masih dikendalikan oleh persatuan / individu dan mengutip bayaran daripada penjaja
121) RIZAB NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah aliran wang yang masuk dari tahun 2008 hingga 2014 ke akaun negeri sehingga dapat mengumpul rizab yang banyak?
-
Apakah strategi yang digunakan sehingga dapat mengumpul rizab yang tinggi tersebut?
121) RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH KAJANG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rumah retak di Jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan sebanyak 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan. Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rentak itu?
-
Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Corporation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan?
121) PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2007 ?
-
Sila huraikan statistik jumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun 2007 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?
-
DUN Sekinchan terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor. Apakah Kerajaan bercadang untuk meningkat promosi bagi menarik lebih ramai anak-anak warga kota datang melawat destinasi pelancongan baru Sekinchan?
121) PROJEK JAMBATAN KAMPUNG SAWAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos awal dan yang sebenar dan kontraktor yang terlibat.
-
Kenapakah berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek ini.
-
Adakah perancangan naik taraf jalan yang menghubungkan mukim Jugra dan mukim Telok Panglima Garang akan dilakukan dalam masa terdekat.
121) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pinjaman Hijrah telah diberi kepada Usahawan sehingga 30 September 2017?
-
Berapa jumlah penerima Skim Hijrah Selangor?
-
Senaraikan mengikut DUN
121) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai di DUN Sementa?
-
Senaraikan nama syarikat dan nama taman perumahan.
-
Apakah tindakan yang telah diambil?