13) BANTUAN KEPADA GENERASI MUDA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri bagi membantu generasi muda tersebut yang ingin mula berniaga selepas mereka menamatkan pengajian mereka selain dari memberikan latihan asas serta pinjaman perniagaan?
-
Berapa lamakah bantuan tersebut disalurkan kepada mereka?
13) PAMPASAN PENYAKIT POKOK PISANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada berjanji untuk memberikan pampasan kepada petani yang terjejas akibat serangan virus penyakit ÒmokoÓ yang menyebabkan kematian besar- besaran pokok tanaman pisang khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Apakah status pemberian pampasan tersebut?
-
Berapakah pampasan untuk setiap petani dan jumlah keseluruhannya?
-
Apakah inisiatif lain kerajaan negeri untuk membantu mereka yang terjejas?
13) PILIHAN RAYA JKKK
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan bagi melaksanakan pilihan raya JKKK di Selangor?
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2008 dan 2009 mengikut daerah.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan JKKK di negeri Selangor?
13) HAK MILIK TANAH KAWASAN INDUSTRI ZURAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini pemindahan hak milik tanah kepada pemilik kilang untuk proses Sijil Pegangan Individu di Kawasan Industri Zurah, Rasa.
13) KONTROVERSI DANA RM9.9 JUTA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) telah mengeluarkan RM9.9 juta dana sumbangan awam dan syarikat anak Kerajaan Negeri. Apakah tindakan dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertahankan atau memperoleh semula dana tersebut demi kepentingan awam?
-
Bilakah dan akta apakah akan digunakan dalam memperoleh semula dana tersebut seterusnya mengheret pelaku pecah amanah ini ke muka pengadilan?
-
Siapakah penyumbang dana ini dan senaraikan jumlah sumbangan secara terperinci
13) PENGURUSAN PERMBERSIHAN AWAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd. Apakah rasional pengurusan pembersihan awam ini dikendalikan oleh PBT
-
Adakah semua PBT berkemampuan untuk menguruskan pembersihan awam sendiri dengan efisien?
-
Adakah implikasi kewangan dan tenaga kerja pada pihak PBT?
13) SMUE
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bilangan Baucar Jom Shopping SMUE yang telah diagihkan pada tahun ini mengikut DUN.
-
Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan sumbangan khairat kematian kepada warga emas?
-
Adakah kerajaan akan menaikkan nilai baucar SMUE setara dengan nilai Jom Shopping Perayaan, iaitu RM200?
13) KERAJAAN NEGERI TELAH MELANCARKAN PEMBANGUNAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan rumah mengikut kategori A, B, C, D
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang telah dibina oleh SPN di Negeri Selangor?
13) PEMBEKUAN LESEN SIBER
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Walaupun pembekuan lesen-lesen siber masih berkuat kuasa, kenapakah dilihat kini banyak kafe siber baru tumbuh seperti cendawan?
13) GERAN TEKNOLOGI KECIL ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif pemberian geran tersebut?
-
Berapakah jumlah permohonan dan peruntukan yang telah diluluskan sejak tahun 2018 sehingga kini? sila berikan mengikut daerah?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan penerima geran di Daerah Klang?