120) PASAR TANI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi pasar tani di Selangor mengikut PBT?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu peniaga di pasar tani?
120) KEKELIRUAN KUASA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terdapat kekeliruan kuasa di antara Pejabat Daerah dengan PBT khususnya isu ÒBangunan Tanpa IzinÓ dan Penggunaan tanah-tanah Kerajaan: Siapakah yang bertanggung jawab sebenarnya, sehingga sesebuah premis atau bangunan berjalan terus (pembinaan) walaupun setelah notis berhenti dikeluarkan?
-
Terangkan prosedur selanjutnya dari segi undang-undang jika masih terdapat keingkaran setelah mendapat notis pertama.
120) MASALAH MILIKAN RUMAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh pembeli rumah pangsapuri Nusa Mewah yang mana mereka telah habis membuat pembayaran tetapi nama mereka telah dibatalkan?
-
Adakah Kerajaan Negeri meletakkan nama pemaju yang tidak bertanggungjawab dalam senarai hitam?
120) PUSAT-PUSAT HIBURAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah tindakan tegas, drastik dan holistik seperti pembatalan permit, pemotongan api dan air, kompaun yang tinggi serta penyitaan yang berlarutan tidak diambil bagi mengatasi masalah pusat-pusat hiburan yang terbukti bermasalah ini ?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan bagi meluluskan permit pusat-pusat hiburan di Negeri Selangor ?
120) PENGURUSAN SISTEM SAMPAH DI MERU
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah isu kekurangan tong sampah di DUN Meru akan dapat diatasi oleh PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan semula sistem buang sampah pandu lalu seperti yang pernah dipraktikkan di Meru tahun 2000-an?
120) MENAIKTARAF KECEKAPAN PENDAFTARAN MAKLUMAT PEMOHON SKIM BANTUAN DI PUSAT KHIDMAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Skim bantuan dari Kerajaan Negeri telah banyak ditawarkan secara atas talian, namun kaedah ini menyukarkan sebahagian pemohon yang tidak mempunyai alat peranti untuk membuat permohonan.
Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan alat pembaca Mykad dan sistem memuat-turun data dari Mykad kepada setiap Pusat Khidmat untuk membantu pendaftaran pemohon ini yang tidak mempunyai peranti untuk membuat permohonan secara atas talian? -
Bolehkah alat pembaca Mykad ini dihubungkan dengan sistem bantuan dari Kerajaan Negeri?
120) PERMASALAHAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan negeri menangani permasalahan sosial kalangan pelajar sekolah di Selangor dan pada masa sama dihalang oleh kementerian memasuki sekolahsekolah?
-
Senaraikan dengan terperinci masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh sekolah dan bilangan kes-kes tersebut dan usaha-usaha yang telah dimulakan dan kesannya dalam bentuk data yang lengkap.
120) SISA BUANGAN LUAR NEGARA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor atas import sisa buangan luar negara ke Malaysia?
-
Adakah Selangor akan memberi kebenaran atas import sisa buangan dari luar negara?
-
Sub-soalan telah di tolak
120) PERUNTUKAN ‘MARRIS’
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerimaan peruntukan ÒMARRISÓ bagi tahun 2012?
-
Berapakah jumlah wang yang telah digunakan bagi tahun 2012. Jika ada lebihan di akaun manakah wang tersebut disimpan?
120) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk dana skim mesra usia emas (SMUE) sepanjang tahun 2016?
-
Apakah kriteria dan syarat-syarat yang diguna pakai untuk memastikan pengeluaran dana tersebut sampai kepada penerima dan tidak disalahgunakan?