120) PERPARITAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Banyak parit2 dan longkang2 di Ijok masih dipenuhi oleh rumput2 dan tumbuhan2 menyebabkan banjir dan pembiakan nyamuk. Apakah SOP JPS Negeri untuk mengatasi masalah ini?
120) PENDUDUK DESA SUBANG PERMAI U6 – JALAN ALTERNATIF KE KILANG-KILANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Bilakah pelan cadangan keluar masuk akan dimuktamadkan?
-
Berapakah jumlah lot yang terlibat dan berapa ramaikah pemilik telah bersetuju secara rasmi untuk serahan tanah tesebut?
-
Apakah masalah besar (jika ada) untuk memastikan jalan tersebut selesai dibina sebelum akhir 2022?
120) MASALAH BANJIR KILAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku di Taman Indah Sekinchan ?
-
Apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh MDSB bagi menyelesaikan masalah tersebut ?
-
Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut ?
120) APLIKASI BIG DATA ANALYTICS DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sektor yang telah memanfaatkan aplikasi Big Data Analytics sehingga kini.
-
Apakah status pembangunan Smart Digital Eco-system?
-
Sejauh manakah aplikasi ini telah membantu kerajaan dan agensi melaksanakan perkhidmatan?
120) KES PERCERAIAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik perceraian di Selangor pada 2008-2012. Apakah kedudukannya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
-
Bagaimana Jabatan Agama Islam Selangor menangani kadar perceraian yang tinggi kalangan pasangan Muslim di Selangor?
120) PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Jumlah unit dan status terkini?
-
Proses permohonan unit tersebut?
-
Senarai penuh terperinci permohonan yang masih dalam proses atau yang di tolak berserta sebab.
120) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan negeri terhadap projek ini?
-
Apakah negeri menggunakan rizab untuk membiayai kos projek?
120) KEPUTUSAN KES RAYUAN TANAH LBCN DEVELOPMENT SDN BHD DAN MUJUR ZAMAN SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan keputusan Òconsent judgmentÓ dalam kes rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. terhadap tindakan Kerajaan Negeri merampas tanah mereka kerana gagal membayar hutang premium sedangkan keputusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada Kerajaan Negeri.
120) KILANG DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen kilang yang telah diluluskan di kawasan Kota Damansara?
-
Adakah terdapat perancangan untuk membuka kawasan perindustrian baru di Kota Damansara?
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang dikenalpasti dan tindakan yang diambil di Kota Damansara?
120) PROGRAM PENGUKUHAN DEMOKRASI DI BAWAH GERAN SELANGORKU HOTEL-HOTEL ‘BUDGET’ DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dijalankan setakat hari ini, di bawah program Pengukuhan Demokrasi di bawah Program Geran Selangorku?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa mengendalikan aktiviti- aktiviti dan juga latihan-latihan tersebut?
-
Apakah maklum balas ataupun reaksi positif mahupun negatif rakyat jelata berhubung dengan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dikendalikan di bawah program ini?