119) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN EXCO KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?
119) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah program khusus Kerajaan Negeri untuk menambah baik usahawan-usahawan muda dan baru Selangor
-
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka dan bagaimana proses pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan
120) PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Pada 18 Mei 2011 Jawatankuasa Surau Taman Prima Selayang telah dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bahawa Lot 1244 Taman Prima Selayang tidak dapat disokong untuk pembinaan surau oleh kerana tapak yang dipohon adalah kawasan rizab gerai sedangkan di atas tapak yang sama sedang dibangunkan kilang menyimpan bahan sejuk beku kepunyaan individu. Apakah norma masa yang diambil untuk mengemas kini data tanah dalam sistem Pihak Berkuasa Tempatan setelah sesuatu perubahan status kepada tanah dilakukan.
-
Tidakkah Jabatan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan dirujuk atau dimaklumkan jika berlaku kes-kes perubahan guna tanah supaya tidak memberi maklumat yang tidak tepat kepada orang awam.
-
Bilakah status Lot Tanah 1244 bertukar menjadi milik individu dan atas alasan apa kawasan itu dibenarkan pembangunan kilang sedangkan kawasan itu adalah kawasan perumahan.
120) PELAN TINDAKAN DENGGI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Selangor mempunyai pelan tinndakan membasmi denggi? Nyatakan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam berkongsi dan menurunkan informasi tentang Pelan tindakan ini kepada masyarakat awam dan pihak berkepentingan?
-
Apakah KPI bagi memastikan bahawa Pelan Tindakan ini telah tercapai?
120) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan yang digunapakai dalam proses penilaian dan kelulusan sesuatu permohonan Geran Selangorku untuk menjamin ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban?
-
Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Penilaian dan Kelulusan Geran Selangorku?
120) PEMBANGUNAN MODAL INSAN IKS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan pihak negeri dalam penganjuran expo dan karnival dalam mempromosikan produk - produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti usahawan IKS?
-
Mohon cadangan dalam memberikan kursus - kursus, latihan atau skim pembiayaan dalam meningkatkan produktiviti usahawan IKS.
120) KEJATUHAN NILAI RINGGIT MALAYSIA TELAH MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk membantu petani bagi mengatasi kenaikan harga baja dan racun?
-
Berapa banyak peruntukan disalurkan bagi mengatasi masalah ini?
-
Bilakah akan dilaksanakan?
120) Selangor Fruits Valley
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sila beri huraian terhadap prestasi kewangan Selangor Fruits Valley dengan penekanan diberi kepada perancangan produk-produk pelancongan pada masa depan serta strategi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke SFV.
120) BANTUAN KEPADA OKU SAKIT TERLANTAR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada OKU sakit terlantar yang ada tanggungan selain bantuan one off SMUE atau daripada JKM?
120) KECUALI SEMENTARA DARI CUKAI MPKJ
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Penduduk-penduduk Rumah Retak, Jalan 20 & 21 (22 buah retak), Bukit Mewah masih lagi tidak dapat pembelaan. Penduduk memohon kecuali Sementara dari Cukai MPKj adakah dipersetujui?
-
Siapakah yang sepatutnya membela nasib mereka Ð membaiki rumah retak?
-
Tidakkah patut Kerajaan Negeri (jika tidak dibaiki), menawar pampasan dengan menukarkan kawasan perumahan mereka ke tempat lain?