119) MENAIKTARAF MEDAN SELERA MELAWATI BANDAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan daripada pihak MPAJ bagi menaiktaraf medan selera tersebut?
-
Apakah yang dicapai oleh MPAJ setelah perbincangan bersama peniaga diadakan?
119) PROSES PENGELUARAN FATWA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan secara terperinci proses pengeluaran fatwa dari sudut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor serta undang-undang lain berkaitan dengan cara dan kaedah sesuatu fatwa ini dikeluarkan.
-
Adakah sumber rujukan fatwa juga melibatkan fatwa negara lain sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan?
-
Apa akan berlaku sekiranya terdapat dua fatwa yang bercanggahan antara satu sama lain?
119) SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran Selangor International Business Summit 2024?
-
Berapa buah negara akan menyertai SIBS 2024 dan apakah bidang tumpuan yang akan diberikan?
119) SELANGOR SMART CITY
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pelaksanaan Selangor Smart City yang telah dilancarkan sejak Disember 2016?
-
Berapa banyak jumlah yang telah dibelanjakan daripada belanjawan yang diperuntukkan iaitu sebanyak RM10 juta pada 2016 dan RM27 juta pada 2017?
119) ILTIZAM SIHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kuota Iltizam Sihat Selangor mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah kelulusan mengikut DUN.
119) PELAKSANAAN JALAN SEHALA DI PETALING JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan faktor-faktor pelaksanaan jalan sehala di Pusat Bandar Petaling Jaya?
-
Berapakah perbelanjaan bagi melaksanakan jalan sehala di Pusat Bandar Petaling Jaya?
119) KUOTA BINGKAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada penambahan kuota BINGKAS untuk setiap DUN?
119) JAWATANKUASA PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JPPT)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci peranan JPPT dan keanggotaannya
-
Berapakah jumlah kes yang telah diselesaikan oleh JPPT dari tahun 2014- 2015?
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada JPPT dari tahun 2014-2015.
119) KAWASAN HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan Hutan Simpan Raja Musa bersebelahan dengan ladang Hopefull, Mukim Ulu Tengi
-
Setakat ini, apakah bentuk tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang menceroboh Hutan Simpan tersebut dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri
-
Sila nyatakan keluasan keseluruhan rizab Hutan Simpan Raja Musa yang tidak boleh diterokai dan senaraikan kawasan yang dikenal pasti terdapat aktiviti pembalakan haram
119) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan projek RSKU yang telah siap dan bilangan unit mengikut DUN atau daerah?
-
Apakah sebab utama projek RSKU yang dalam perancangan masih tiada apa apa tindakan? Nyatakan masalah-masalah yang melambatkan projek RSKU bermula