119) PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur yang usang dan membahayakan?
119) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah program khusus Kerajaan Negeri untuk menambah baik usahawan-usahawan muda dan baru Selangor
-
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan kepada mereka dan bagaimana proses pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan
119) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi dan tanggungjawab pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
-
Bagaimanakah kedudukan pejabat Penasihat ekonomi Selangor dalam struktur pentadbiran kerajaan?
-
Berapakah orang kakitangan dan peruntukan pengurusan tahunan bagi pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
119) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar pengangguran dari tahun 2013-2015?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri agar warga Selangor mempunyai pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan?
-
Nyatakan institusi dan program Kerajaan negeri yang membantu?
119) Bantuan Kepada Warga Emas
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil oleh JKM dalam membantu warga emas yang tidak berkemampuan, terutamanya warga emas yang mempunyai anak dewasa tapi tidak mampu memberi sumbangan dalam menyara kehidupan warga emas tersebut.
119) KONTRAKTOR SAMPAH DI DUN MERU
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kontraktor kutipan sampah yang sedang beroperasi di DUN Meru sekarang ini?
-
Apakah bentuk penalti yang dikenakan kepada kontraktor sampah yang gagal melaksanakan tugas mereka?
-
Apakah masalah utama yang dihadapi oleh kontraktor sampah di dalam melaksanakan tugas mereka dan apakah penyelesaian masalah itu daripada pihak PBT?
119) SISTEM PERPARITAN DI PAYA JARAS, KUBU GAJAH DAN MERBAU SEMPAK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Agensi mana yang bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan ini?
-
Jelaskan sistem jadual kekerapan penyelenggaraan perparitan di kawasan tersebut?
-
Berapakah tempoh maksima kitaran penyelenggaraan sistem perparitan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan?
119) LAMBAKAN PUSAT MEMBELI BELAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membendung masalah lambakan pusat membeli belah ini?
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk menjadikan lambakan pusat membeli belah ini sebagai punca ekonomi sesebuah masyarakat?
-
Apakah usaha yang akan dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini agar tidak berterusan?
119) TEMPAT PERHIMPUNAN AWAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan PBT menentukan lokasi 'tempat perhimpunan awam' , apakah kriteria-kriterianya dan bagaimanakah cara-cara untuk memindanya setelah lokasilokasi tersebut telah diwartakan.
119) PELABURAN ASING DAN PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI) khususnya bagi menjamin kelestarian ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat?