117) PROGRAM BINGKAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kuota Bingkas mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah yang telah diluluskan mengikut DUN.
-
Nyatakan peratusan yang menggunakan Bingkas selepas kelulusan.
117) AIR SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan rancangan strategik atau rancangan perniagaan (business plan) Air Selangor untuk 10 tahun akan datang.
-
Apakah perbelanjaan modal yang untuk tempoh 10 tahun ini?
-
Senaraikan semua tahun peningkatan tariff air dirancang, untuk menampung kos operasi dan perbelanjaan modal Air Selangor.
117) PENGAMBILAN SPLASH OLEH AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini pengambilan SPLASH oleh Air Selangor?
-
Senaraikan semua tarikh mesyuarat yang telah berjalan dari bulan April hingga Jun 2016 memandangkan kelewatannya akan memberi kesan kepada pengurangan NRW di Selangor
117) ISU PAJAKAN TANAH 99 TAHUN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Merujuk soalan lepas, jika nilai tanah meningkat,pewaris tanah tidak mampu membayar premium baru bagi melanjutkan pajakan, apakah polisi kerajaan atas situasi ini?
-
Apakah khidmat rundingan, rayuan boleh diadakan bagi melanjutkan pajakan ini dan adakah pemilikan terlucut setelah tempoh pajakan berakhir?
117) TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI LAIN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan lot-lot tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Perseketuan dan negeri-negeri lain di Negeri Selangor dengan butiran seperti lokasi, keluasan, anggaran nilai pasaran, catatan dan lain-lain.
117) WARUNG DAN BENGKEL TIDAK SAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi kerajaan dalam menangani warung dan bengkel tidak sah?
117) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pertanian moden di Selangor?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 untuk pertanian moden?
117) PENERBITAN SELANGOR KINI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah edaran setiap keluaran Selangor Kini menurut DUN di seluruh Negeri Selangor
-
Berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penerbitan Selangor Kini bagi tahun 2009 dan 2010?
-
Berapakah kos pengurusan bagi tahun 2009 dan 2010?
117) BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes banjir kilat yang dilaporkan adalah disebabkan oleh infrastruktur yang tidak lengkap dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?
-
Di manakah dan berapakah projek penyelenggaraan dan penambahan infrastruktur yang telah dijalankan sejak September 2008?
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan menambah infrastruktur, dan tempoh masa dijangka untuk menyelesaikan masalah banjir kilat.
117) PERUBAHAN STRUKTUR PENGURUSAN EMPANGAN KLANG GATE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan struktur pengurusan Empangan Air Klang Gate setelah Air Selangor menjadi pemilik Puncak Niaga dan Syabas?
-
Senaraikan semua aset yang telah diserahkan kepada Air Selangor termasuk infrastruktur asas, bangunan, syer dan tanah.