117) BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes banjir kilat yang dilaporkan adalah disebabkan oleh infrastruktur yang tidak lengkap dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?
-
Di manakah dan berapakah projek penyelenggaraan dan penambahan infrastruktur yang telah dijalankan sejak September 2008?
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan menambah infrastruktur, dan tempoh masa dijangka untuk menyelesaikan masalah banjir kilat.
117) PERUBAHAN STRUKTUR PENGURUSAN EMPANGAN KLANG GATE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan struktur pengurusan Empangan Air Klang Gate setelah Air Selangor menjadi pemilik Puncak Niaga dan Syabas?
-
Senaraikan semua aset yang telah diserahkan kepada Air Selangor termasuk infrastruktur asas, bangunan, syer dan tanah.
117) KES PEKERJA KILANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Kekeliruan berlaku dari segi bilangan tertinggi pesakit COVID-19 adalah di Selangor. Banyak pihak menyalahkan kerajaan ini. Siasatan menunjukkan bilangan ini berpunca dari kilang-kilang. Apakah masalah sebenar?
117) PENERBITAN SELANGOR KINI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah edaran setiap keluaran Selangor Kini menurut DUN di seluruh Negeri Selangor
-
Berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penerbitan Selangor Kini bagi tahun 2009 dan 2010?
-
Berapakah kos pengurusan bagi tahun 2009 dan 2010?
117) SEKOLAH KAFA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah sekolah KAFA dan Sekolah Integrasi KAFA kerajaan dan swasta mengikut daerah sehingga Jun 2015.
-
Apakah status pelaksanaan kenaikan gaji guru KAFA sehingga RM 1,500?
-
Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah- sekolah KAFA tersebut?
117) ISU PAJAKAN TANAH 99 TAHUN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Merujuk soalan lepas, jika nilai tanah meningkat,pewaris tanah tidak mampu membayar premium baru bagi melanjutkan pajakan, apakah polisi kerajaan atas situasi ini?
-
Apakah khidmat rundingan, rayuan boleh diadakan bagi melanjutkan pajakan ini dan adakah pemilikan terlucut setelah tempoh pajakan berakhir?
117) PROGRAM BINGKAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kuota Bingkas mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah yang telah diluluskan mengikut DUN.
-
Nyatakan peratusan yang menggunakan Bingkas selepas kelulusan.
117) AIR SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan rancangan strategik atau rancangan perniagaan (business plan) Air Selangor untuk 10 tahun akan datang.
-
Apakah perbelanjaan modal yang untuk tempoh 10 tahun ini?
-
Senaraikan semua tahun peningkatan tariff air dirancang, untuk menampung kos operasi dan perbelanjaan modal Air Selangor.
117) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bajet khas bagi membaik pulih kemudahan sukan di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan pusat latihan dan kemahiran (TVET) di setiap daerah bagi golongan belia yang tercicir di alam persekolahan?
117) SEKOLAH TAMIL DESA COALFIELD
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah sekolah ini akan memulakan kerja2 pembinaan dan bila dijangka siap?