117) PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN LAPANG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Menyatakan penjelasan tentang pembinaan padang golf dan medan selera di tanah lapang yang berada di Jalan Perdana 6/1, Pandan Perdana, Ampang. Sebab-sebab meluluskan pembinaan bangunan tetap di kawasan lapang yang mana kerajaan hanya memberi tol?
-
Sama ada medan selera yang beroperasi di tanah lapang tersebut mempunyai lesen perniagaan sah untuk padang golf, medan selera dan tempat cuci kereta yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kalau tidak, nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan oleh PBT setiap tahun sejak tahun 2006. Berikan dengan terperinci jumlah kompaun yang Berjaya dikutip dari pihak medan selera, jika ada.
-
Sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil alih kawasan lapang ini memandangkan kekurangan kawasan lapang disekitarnya.
117) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERBENGKALAI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai di Negeri Selangor.
-
Apakah faktor - faktor yang menyebabkan projek terbengkalai?
-
Apakah langkah untuk memastikan projek dapat dijayakan semula khususnya di kawasan - kawasan luar bandar seperti projek perumahan Ladang Air Manis Sabak Bernam?
117) PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Jumlah kes penyakit leptospirosis yang dilaporkan sehingga Oktober 2013 ialah 134 kes dengan 7 kematian. Apakah kes penyakit Leptospirosis ini masih dalam perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri?
-
Apakah tindakan pihak kerajaan negeri ke atas pengusaha yang ingkar arahan dan tidak menjalankan pembersihan premis?
117) PENGUATKUASAAN PBT DAN AGENSI YANG EFISIEN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Adakah cadangan supaya memastikan pembuangan sampah haram tidak berlaku khususnya di luar bandar?
-
Adakah cadangan supaya pembuangan bahan toksik ke sungai yang boleh menyebabkan pencemaran di loji air yang akan menyebabkan bekalan air terputus?
117) NIKAH SINDIKET
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Terdapat di kalangan masyarakat khususnya penduduk yang berhijrah dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang beragama Islam mengamalkan nikah sindiket dan tidak mempunyai sijil nikah yang sah. Ini mengakibatkan anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membendung permasalahan ini?
-
Bagaimanakah nasib anak-anak ini untuk memasuki alam persekolahan?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti dan tindakan yang akan di ambil untuk mengatasi keadaan yang sedang dan telah berlaku ini?
117) KEMUDAHAN ASAS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui JKR Negeri bagi menyelenggara jalan-jalan negeri tahun 2008-2009?
-
Apakah kriteria yang diutamakan bagi mempercepatkan pembaikan jalan-jalan yang rosak dan penyelenggaraan yang berkaitan dengannya?
-
Apakah cadangan bagi mempercepatkan permohonan jalan-jalan baru di kampung-kampung terutama di DUN Meru?
117) RUMAH ANAK YATIM DAN ORANG TUA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua rumah anak yatim dan rumah orang tua yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan Petaling Jaya.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk melesenkan rumah-rumah yang tidak berlesen?
117) SYARIKAT TELCO
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Ôbase stationÕ syarikat-syarikat telco di Selangor. Apakah bayaran yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat ini. Senaraikan jumlah mengikut syarikat telco dan bayaran yang dibuat kepada kerajaan negeri.
117) KAMPUNG ORANG ASLI HULU KEMENSAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kesan daripada soalan-soalan dan ucapan-ucapan dalam Sidang DUN, sebahagian daripada Orang-orang Asli di Kg Hulu Kemensah, Hulu Kelang, kini telah menikmati rumah baru dan pemasangan litar dan meter elektrik. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) pembinaan unit-unit rumah baru ini dijalankan?
-
Apakah telah wujud perjanjian antara mana-mana agensi Kerajaan Negeri dengan pihak Kerajaan Pusat bagi membekalkan elektrik ke kampung tersebut?
-
Bilakah unit-unit rumah yang dibina akan disiapkan keseluruhannya dan bilakah bekalan elektrik akan disambung ke kampung tersebut?
117) OPERASI DUA BUAH KILANG SIMEN DI KG DESA AMAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kilang simen yang beroperasi di kawasan tersebut setelah aduan telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu?