116) KESELAMATAN JALANRAYA DAN KEMALANGAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kemalangan di atas semua jalan-jalan bukan Persekutuan, di Selangor mengikut kaum, kenderaan, kematian, kecederaan dan punca kejadian?
-
Di manakah jalan-jalan dan/atau tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai kawasankawasan hitam dan merbahaya tersebut?
-
Bagaimanakah langkah-langkah dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah di atas dan punca serta cara efisien dalam menanganinya?
116) PERUMAHAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai suatu perancangan khusus untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah sebulan untuk memiliki rumah?
116) DASAR-DASAR KERAJAAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar baru yang dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor selepas 2008?
116) INFRASTRUKTUR KAWALAN BANJIR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membina longkang besar di kawasan ADTEC bagi mengurangkan banjir?
-
Bilakah longkang JPS di Jalan Bukit Kemuning akan diselenggara sepenuhnya?
-
Bilakah pam air di Jalan Batu Bata akan dipercepatkan pelaksanaannya?
116) LOMBONG PASIR HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak lombong pasir haram yang masih beroperasi di Selangor sekarang? Nyatakan jumlah kerugian hasil daripada lombong-lombong pasir haram ini.
-
Nyatakan bilangan operasi serbu yang telah dilancarkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di seluruh Selangor terhadap lombong-lombong pasir haram ini
116) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat seperti Masjid/Surau, Tokong-tokong Cina, Kuilkuil Agama Hindu, Gereja-gereja Agama Kristian dan lain-lain rumah ibadat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama rumah-rumah ibadat tersebut?
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat tersebut di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai hak milik kekal dan yang tidak mempunyai hak milik kekal? Dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi ketiadaan hak milik kekal tersebut?
-
Setakat hari ini, apakah jenis-jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada :- i) Masjid/Surau; ii) Tokong-tokong Cina; iii) Kuil-kuil Agama Hindu; iv) Gereja-gereja Agama Kristian; dan v) Lain-lain rumah ibadat
116) BANTUAN KEPADA BELIA DAN RAKYAT YANG TIADA PEKERJAAN TETAP
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada mekanisma yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi penduduk yang tiada pekerjaan tetap atau pun para belia untuk membantu mereka seperti projek penternakan,projek usahawan,projek buka tanah untuk pertanian dan sebagainya?
116) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senarai nama dan bilangan kampung-kampung baru mengikut daerah?
-
Apakah projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi kampung- kampung ini?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk program pembangunan tersebut dari tahun 2008 - 2014?
116) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah projek yang telah di siapkan dan berapa banyakkah belanja digunakan untuk projek tersebut
-
Mengikut pecahan berapa banyakkah rumah kos rendah, rumah kedai, rumah kediaman harga tinggi yang disiapkan sedia untuk didiami
116) PERMASALAHAN BANTUAN BANJIR KILAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Tempoh masa banjir kilat sekitar 4 hingga 5 jam. Kelayakan untuk mendapatkan bantuan banjir adalah mangsa perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah disediakan. Akan tetapi, mangsa banjir terpaksa mengangkat barang serta mencuci kediaman sebelum air surut. Sekiranya lambat bertindak didalam kediaman mangsa akan dipenuhi oleh sampah dan lumpur yang sukar untuk dibersihkan. Perkara ini perlu diberi perhatian bagi mencari mekanisma yang lebih baik atau meminda syarat - syarat kelayakan untuk menerima bantuan kepada mangsa banjir kilat. Memandangkan nilai kerugian agak tinggi. Adakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mangsa banjir kilat?