116) PROGRAM SITHAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dalam program SITHAM sehingga ini? Perincikan mengikut DUN.
-
Apakah syarat-syarat kelulusan bagi permohonan program SITHAM ?
116) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senarai nama dan bilangan kampung-kampung baru mengikut daerah?
-
Apakah projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi kampung- kampung ini?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk program pembangunan tersebut dari tahun 2008 - 2014?
116) INFRASTRUKTUR KAWALAN BANJIR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membina longkang besar di kawasan ADTEC bagi mengurangkan banjir?
-
Bilakah longkang JPS di Jalan Bukit Kemuning akan diselenggara sepenuhnya?
-
Bilakah pam air di Jalan Batu Bata akan dipercepatkan pelaksanaannya?
116) KESELAMATAN JALANRAYA DAN KEMALANGAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kemalangan di atas semua jalan-jalan bukan Persekutuan, di Selangor mengikut kaum, kenderaan, kematian, kecederaan dan punca kejadian?
-
Di manakah jalan-jalan dan/atau tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai kawasankawasan hitam dan merbahaya tersebut?
-
Bagaimanakah langkah-langkah dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah di atas dan punca serta cara efisien dalam menanganinya?
116) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah projek yang telah di siapkan dan berapa banyakkah belanja digunakan untuk projek tersebut
-
Mengikut pecahan berapa banyakkah rumah kos rendah, rumah kedai, rumah kediaman harga tinggi yang disiapkan sedia untuk didiami
116) TANAMAN PADI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa hanya benih padi calet pada musim ini telah dinaikkan harganya oleh pembekal-pembekal benih padi calet di kawasan Barat Laut Tanjong Karang dan Sabak Bernam ?
-
Kenaikan harga ini telah membebankan petani yang terdiri dari pesawah / pekebun kecil yang berpendapatan rendah yang telah terpaksa menanggung kos tanaman yang lebih tinggi. Jika sedar apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan hanya benih padi calet dapat diturunkan ?
116) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KDEB.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KDEB bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KDEB bagi tahun 2008 dan 2009?
116) LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN NEGERI MEMBANTU RAKYAT MENGHADAPI EKONOMI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat dalam negeri ini menghadapi kemelesetan ekonomi?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa peringkat negeri untuk membantu rakyat dalam soal kenaikan harga barang?
116) MENAIK TARAF JALAN BANTING KE KG SERI JUGRA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Adakah benar melalui sumber Kementerian Kerja Raya Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk menaik taraf Jalan Banting ke Kg Seri Jugra, Banting Dun Morib, Kuala Langat.?
-
Kalau ya! Mengapa berlaku kelewatan perlaksanaan projek berkenaan .?
-
Bilakah projek berkenaan dapat dilaksanakan ?
116) PEMBINAAN TEROWONG ATAU FLYOVER
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Penduduk Kajang Utama dan sekitarnya telah dijanjikan terowong atau flyover bagi memendekkan perjalanan ke Kajang dan sebaliknya sejak 2001. Bilakah perancangan ini akan dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan?
-
Syarikat manakah yang akan mengendalikan projek berkenaan?