116) LAWATAN KERJA SEHARI YAB MENTERI BESAR KE DAERAH-DAERAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan daerah-daerah yang telah dan belum mengadakan lawatan kerja sehari YAB Menteri Besar sejak bulan Oktober 2014.
-
Adakah lawatan kerja sehari tersebut akan diteruskan pada tahun ini? Jika tidak, nyatakan sebabnya
116) MASALAH SETINGGAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi kerajaan dalam menangani masalah setinggan?
116) PENGANGKUTAN AWAM DI LUAR BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada melakukan kajian berkenaan keperluan pengangkutan awam di kawasan luar bandar?
116) LESEN HIBURAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah lesen-lesen hiburan mengikut kategori yang diluluskan oleh PBT bagi tahun 2008 hingga suku tahun pertama 2011.
-
Berapakah jumlah kutipan cukai hiburan dalam tempoh yang sama.
116) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program pembangunan kawasan luar bandar yang dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan program-program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan benar menguntungkan rakyat di situ?
-
Bagaimanakah penyaluran bantuan program pembangunan luar bandar ini dilakukan oleh kerajaan pusat melalui kementeriannya?
116) IWK
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah sebabnya Kerajaan Persekutuan tidak bersetuju untuk membenarkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan IWK, mamandangkan loji-loji IWK yang berada hulu kepada LRA selalu menjadi punca kepada pencemaran bau air?
116) TEKNOLOGI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kesan dasar teknologi hijau yang diamalkan oleh kerajaan negeri terhadap industri berat di Selangor
116) KEBAJIKAN OKU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bantuan bulanan kepada pusat-pusat penjagaan OKU (pusat pemulihan komuniti)?
116) PROJEK HORRAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kerja-kerja perlaksanaan projek HORAS?
-
Apakah jaminan projek ini mampu mengatasi kegagalan menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi sekiranya krisis air berulang?
116) BANGUNAN BARU SEKOLAH RENDAH AGAMA HARMONI SEKINCHA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah cadangan pembinaan bangunan baru 3 tingkat SRA Harmoni akan dimulakan oleh pihak Kerajaan Negeri?
-
Apakah masalah utama yang menyebabkan cadangan tersebut tertangguh sehingga kini walaupun sudah dikemukakan sekian lama oleh pihak SRA Harmoni?
-
Sila kemukakan berapakah jumlah peruntukan yang bakal disalurkan sekiranya permohonan tersebut mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri?