115) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 140: ÒPada pendapat Audit, prestasi pendapatan peserta pada keseluruhannya belum memuaskan kerana peserta di tiga TKPM belum mencapai purata pendapatan bulanan RM3,000 pada tahun 2008Ó. Audit dalam muka surat 140 mendapati lima faktor utama kenapa sasaran ini tidak dicapai. Apakah sebelum penemuan Audit, Jabatan telah juga mengenal pasti kelima-lima faktor tersebut?
-
Jika tidak, apakah sebab-sebabnya Jabatan gagal mengenal pasti kelima-lima faktor tersebut dengan lebih awal?
-
Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan untuk mengatasi masalah-masalah yang berpunca daripada kelima-lima faktor tersebut?
115) PARAS GARIS KEMISKINAN BUKAN MAKANAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
PGK Bukan Makanan terdiri daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah. Selangor sebagai negeri maju dan menuju smart state, apakah PGK Bukan Makanan yang dicapai?
115) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah keperluan logistik yang telah lengkap tersedia oleh kerajaan untuk menghadapi banjir?
115) LAPORAN JAWATANKUASA PILIHAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap laporan-laporan yang telah dibentangkan di dalam Dewan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan PBT, ABAS, PADAT dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC)?
115) KAWASAN KUTIPAN BELIAN SAMPAH MERU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah sistem kutipan yang padu dan berkesan yang akan diperkenalkan dan diperkemas oleh Majlis Perbandaran Klang?
-
Apakah status Tempat Kutipan Belian Sampah oleh MPK di Meru yang merupakan projek gajah putih sama ada diteruskan atau digantikan dengan kemudahan lain?
115) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembaikan paip air lama di Selangor?
-
Apakah status pembaikan paip air lama di 84 "hotspot" terdahulu yang telah dikenalpasti?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula senarai "hotspot"?
115) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK (NURSERI)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dan lokasi pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2007-2013 dan apakah sasaran untuk tambahan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) awam bagi 2013-2018.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bahawa sektor swasta mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) seperti diwajibkan dalam akta?
-
Apakah langkah-langkah bagi memastikan kualiti pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) adalah terjaga dan apakah sistem sokongan yang wujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga keperluan golongan wanita yang berumah tangga dan bekerja?
115) ENAKMEN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status penggubalan Enakmen Sisa Pepejal Negeri Selangor?
-
Apakah perkara penambahbaikan yang dimasukkan dalam enakmen?
115) AGAMA DAN BUDAYA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk mendirikan sebuah pusat kefahaman dan kebudayaan Islam Cina bagi memberi kefahaman Islam yang betul kepada khalayak bukan Melayu, dan jika ada di manakah lokasinya dan berapakah anggaran kosnya?
-
Apakah inisiatif agresif kerajaan untuk menyemarakkan dakwah dan pengajian Islam di kalangan masyarakat pinggir bandar dan kampung?
116) PROJEK HORRAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kerja-kerja perlaksanaan projek HORAS?
-
Apakah jaminan projek ini mampu mengatasi kegagalan menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi sekiranya krisis air berulang?